Sep 10, 2016

Nuha's Words




NUR NUHA
CAHAYA KEBIJAKSANAAN.


Anak bijak mama, sesuai dengan nama.Sekarang macam-macam perkataan dah kita learn.

"Jatuh"
"Baby"
"Nak su"
"Mam Mam"
"Kit" - Sakit
"Tuk" - Batuk
"Tut" - Kentut
"Doiii" - Adoi

Bunyi itik, bunyi ayam dah kenal. Nampak kucing, she will say "CAT"! Dan itik is "dak". Mat saleh sungguh mung nuha. Hahaha.

Sejak umur dia 1 tahun 5 bulan, aku dah start bagi flash kad untuk first word beliau. So that she can learn the common things around her. Walaupun tak reti sebut, tapi when we say "ambil ball". She will run into it!

Then one day, I saw her trying nak butangkan baju melayu ayah aku.
I said, "siapa ajar ni?"
And they said, "no one"
Ok shock jugak.

And ofcourse lagu "Kalau rasa gembira"
She master all the acts!
Tepuk tangan
Hentak kaki
Kenyit mata.

Then bila aku cerita dengan  kawan semua kata she so fast learning all those things.


Yang penting awak sihat sejahtera. Semoga Allah bagi kekuatan untuk aku bela dan didik kamu berdua. 
Terima kasih kerana sudi menjadi anak-anak Mama yang berakhlak dan bijak


Bye

Aug 25, 2016

Dumex Dugro Fruit & Veg For Nuha

Olla!

Alhamdullilah hari ni Nuha dah 1 tahun 5 bulan. Ko dah takyah nak demand sangat ye Nuha, ko nak ada adik dah. Haha.  Jadinya setelah sekian lama aku konsisten menggunakan S26 dalam susu formula Nuha, sejak dia 6 bulan, dan sekarang sebab dia dah nak ada adik, dan dia pun kuat makan nasi, kuat minum air kosong, membebel bercakap sendiri dengan Mr Teddy, jadinya start habis susu S26 nanti, aku nak try bagi Dumex Dugro Fruit & Veg. 


Kenapa Dumex Dugro Fruit & Veg?
Al-kisahnya, bagi seorang ibu, tidak akan terlepas dari memberikan yang terbaik dan paling terbaik untuk anak. Aku ni bukannya seorang yang arif bab-bab jadi Mama ni. Tapi nak jadi seorang ibu mestilah kena ada ILMU. Kalau ada terluang aku selalu menggunakan jari-jemari pendek aku ni untuk men'google'. Terdetik aku nak menukar susu ni sebab aku rasa Nuha pun dah ada cukup nutrient dengan S26 untuk menjadi anak yang aktif dan bijak. Nuha pun jenis makan nasi dan sayur ( faveret dia lobak air , kalau makan sup lobak air, macam tak cukup semangkok. Hahaha ). 

Ramai review dan banyak mama-mama lain aku tanya, derang kata susu ni bagus sebab kandungan DHA dia agak stabil berbanding susu Lacto.  



Lepas ni adik Nuha pulak nak minum S26, seronok betul hati yang lara ni bila dengar bunyi jantung bayi. Sis excitednye nak dapat baby kedua!!! Hahaha. Kena bagi peluang adik tau untuk dapat nutrient macam awak. Harap-harap berjaya hendaknya sumbat dia susu baru sok. Hahaha. 


Ok bye!

Aug 10, 2016

Vacay Yang Tinggal Kenangan

As usual every twice a year memang kami akan plan for our vacation. Hari ni tiba-tiba terbuka memopad kat laptop kerja. What I have planned before. Sedih. Tapi kena kuat tau!! 😍




Insyaallah Nuha. Nanti mommy bawak pergi tempat lain ok. ;))

Aug 2, 2016

Kehadiran Rezeki Kedua

Ya Allah, excitednyaaaaa!!!


Rezeki anak-anak.
Rezeki dapat baby baru.
Rezeki dapat gaji baru
Rezeki anak sihat
Rezeki kesihatan
Rezeki dapat keta baru hehehe.
Macam2 bentuk rezeki, bukan DUIT je.
Kalau jejenis yang pikir DUIT je mungkin
rasa rezeki tu DUIT je


Sekarang ni dah start muntah teruk.
Tapi setiap kali muntah mesti happy, at least I know anak mummy respon dengan sumber makanan 😘😘



Sayang anak-anak mummy. Penguat semangat. Insyaallah mummy akan kerja rajin-rajin untuk kamu berdua.



Biar lah orang nak doa, mommy susah beranak ke.
Hati kalau dah busuk mmg macam tu.
Esok lusa reflect kat diri dia balik. Baru padan muka. Hihi.



Keep calm and be a strong single mommy.
Keep counting #24092016




Jul 25, 2016

My Second Pregnancy

Hai bloggers,


Tadi ofismate discuss pasal pregnancy dan lahirkan anak. Ermm, macam-macam la kisah. Lebih-lebih yang kena ceaser, yang beranak normal sakit time kena sel*k. Bukan sekali dua, berkali-kali. Kau tau, susah beranak ni time kita sakit tu. Ya Allah , hanya DIA sahaja yang tahu. Perit.


Alhamdullilah aku ikhlas lahirkan anak kau kerana Allah.
Lepas lahirkan anak, tak stop sampai situ,
Berjaga siang malam jaga dia.
Pastikan dia dapat susu yang secukupnya,
Zat secukupnya,
Berjaga malam pun bukan 1,2 bulan tau,
Sampai sekarang,
She 's almost 1 year and half,
Dan starting to wean off dah pun,
Nak tidur pun nak kena tepuk-tepuk,
Lama...


Bila kau cakap kau nak anak lagi,
Kita cuba sedaya mungkin.
Aku bersedia untuk menanggung
Perit lelah mengandung seperti dulu,
Muntah. (kadang-kadang kalau bau tak menyenangkan)
Tekak tak sedap sepanjang pregnant.
Tidur tak lena,
Perut rasa tak sedap.
Alhamdullilah sekarang dah 5 minggu
anak ibu dalam rahim.






Untuk anak ibu
Ibu cuma doakan anak ibu bertahan sebaik mungkin,
Insyaallah ibu tak stress-stress sebab ibu nak awak baik-baik sahaja,
Insyaallah ibu tak fikir-fikir masalah-masalah dunia
Ibu akan pastikan awak dapat zat secukupnya,
Ibu akan pastikan awak dapat keselesaan sekadar ibu mampu,


Walaupun kadang aku merungut penat,
Tapi jauh disudut hati aku bahagia dengan keluarga ini,
Andai kau memahami,
Maksud menghargai,
Mesti kau tahu,
Jaga hati isteri.



Sekian.




Jul 18, 2016

Crucial Time 2016

Hai lah blog yang dicintai, sebabkan aku bersedih sekarang ni, kau akan jadi tempat luahan dan coretan kasih sayang.

3 years of marriage is a cruicial time for us. Allah uji dengan suatu ujian yang Maha berat untuk aku tanggung, Insyaallah, semoga dipermudahkan segala urusan kami hamba-hambaMU.

Tidak aku cakap aku baik, tidak ku katakan aku seorang isteri yang solehah, tapi sekurangnya aku sentiasa mencuba. Tapi still belum sampai ke suatu tahap yang boleh dijadikan bidadari syurgawi.

Kau, sebagai suami....
Fikirkan....
Jika kau rasa belum sampai aku taat dan hormat,
Dimana salah didikan kau?
Dimana salah cara kau?
Dimana salah hubungan kau?

Jelas,
Bukan kau cuba padamkan api,
Malah kau curahkan petrol,
Kau marakkan gelakan syaitan,
Kau cuba mengucar kacirkan rumahtangga aku,
Takpe jangan risau aku halalkan


Salam

Mar 2, 2016

Life 2016

Alhamdullilah dah masuk tahun 2016 *speech terpendam. Sekian lama kau aku nak bukak blog ni. Tak boleh aje. Sedey! Tahun ni dah bertiga, aku pun dah tukar kerja sekarnag aku dah kena buat HR pulak. MATI! sebenarnya ni lah antara department paling aku menyampah sebelum ni, Tapi akhirnya tewas. Terpaksa jugak masuk sini. 


THE CHANGE OF 2016

Kerja
So far aku ok je kerja kat sini alhamdullilah. Aku kerja kat bidang healthcare, KPJ. Tak berapa buat programming ( sedey ok ) sebab sekarang dah duduk HR.  Walaupun aku dah nak hampir sebulan kerja kat sini, tapi aku tetap rindu member lama kat UEM sana. Sampai aku bawak semua benda yang aku dapat dari sana. Macam calendar, notebook. Emm. Dua hari lepas pulak jumpa geng UEM, gila tak peluk dia, rendu sangat * pompuan ye. Kalau ada peluang sebenarnya nak balik sana, tapi apakan daya aku kena terus hidup untuk career develompment and of course gaji dan pengalaman. 


Anak
Nuha pulak dah boleh la menapak sikit, she is 11 months now. Dua minggu lagi aku nak buat majlis dia, kesyukuran. Tapi tema masih pikir lagi. Masha and the bear barangkali. Kuat menganjing aku budak ni, aku jelir dia jelir. Aku marah dia mengaum balik. Tapi makan dan menyusu sangat kuat. Mati la aku nakkk~ Hahaha. Its sokay baby asalkan awak sihat walafiat. 



We have a good start untuk tahun ni. dan berharap kita akan lalui hari-hari yang indah macam sekarang. We are planing so many place to visit this year. 


Lets BACKPACKERS with the BABY! ;)



Bye. :)