Jul 4, 2025

Bruised But Unbroken

 Assalamualaikum, 

Akhir-akhir ini banyak betul kisah curang. Paling yang tak boleh dijangka ialah suami orang dengan seorang guru sekolah menengah. Sehinggakan mereka berakhir di atas katil. Suka sekali diingatkan di dalam seseorang diri manusia, ada 3 perkara yang wajib kita pertahankan. 


Peringkat 1: Nyawa

Peringkat 2: Maruah

Peringkat 3 : Harta


Pertahankanlah sedaya mungkin kerana hilangnya salah satu maka berkuranglah jati diri sebagai seorang manusia. Zaman kini hidup sebagai lelaki atau wanita banyaklah cabaran. Jika lelaki tidak mampu untuk memundukkan pandangan mereka, maka kita sebagai wanita sepatutnya mengelakkan perkara-perkara yang mungkin akan merosakkan maruah sebagai wanita. 


Suami tidak pernah puas hati dengan layanan isteri

Isteri tidak pernah puas hati dengan tindakan suami


Jap...


Sampai bila nak habis macam ni? Masing-masing menyalahkan sama sendiri. Setiap bagi kita yang mengalami pengalaman berhadapan dengan situasi begini kadangkala buntu apa yang perlu dilakukan terutamanya bila semasa kau lelaki atau wanita masih berada dalam perkahwinan berkenalan dengan seseorang that you have been dreamt off! Bila aku baca dalam NGL aku rasa ramai betul alami benda ni. Dan ada yang sampai dah terjerat. Lelaki mulut manis. Wanita dambakan ayat manis lelaki sampai bergegar lah kepala otak hang dengar ayat manis lelaki. Almaklumlah laki kau pun tak puji dah lama, haaa herlokkk tu yang menjadi. Haha. As a woman, you really need to find an incredible strength and self-awareness, and let me tell you, they guy will always go back to his wife loh you are just his pitstop 😂

So, hampa rasa macam mana nak lindungi hati kau dan dapatkan ketenangan emosi kau kalau kau berhadapan dengan perkara-perkara macam ni. Take a deeeeep breath baby! Let’s talk


Fikirkan adakah hubungan ini Fantasy atau Reality?

Kau rasa macam mimpi orang macam dia tiba-tiba hadir dalam hidup kau, tetapi ingat weh, mimpi tidak selalunya berpijak pada realiti. Cuba kau tanya balik diri kau sendiri kau suka  dan tertarik kat dia, atau kau tertarik dengan bayangan dia?

Kau bayangkan ya, dia bermain dengan emosi dia sendiri mencari kebebasan emosi diluar bersama orang lain walhal dia boleh lakukan perkara tersebut bersama isterinya. Jika kau berkahwin dengan orang macam ni sekalipun dia pasti akan mencari kebebasan emosi yang sama pada orang lain pulak, dan takkan habis. Sedorrrr lah pompuan !

 

Wujudkan jurang secara emosi dan praktikal

Kurangkan berkomunikasi dengan dia dan sikit demi sedikit jauhkan diri anda perempuan dari berkomunikasi dengan dia! Silence is powerful dan bagi ruang untuk kau bernafas sikit dari dunia fantasi dia.

Since dia trigger kehidupan harian kau, kau jangan follow dia dalam mana-mana social media. Block jelah senang, kau tak payah lah tengok kehidupan dia. Hahaha. Elakkan dari berbicara perkara yang tiada kena mengena dan elak-elak dari berleretan. 

Tarik nafas panjang-panjang dan cakap kat diri kau sendiri yang kehidupan kau sekarang dengan suami dan anak-anak kau sangat bahagia walaupun dengan sikit kecacatan. Sesungguhnya aku manusia yang Allah ciptakan jua banyak buruknya, Aku kena perbaiki diri. Soothes yourself perempuan! You deserve it!

 

Tanya diri sendiri apa kau nak sebenarnya?

Apa yang sebenarnya aku nak? Perhatian? Excitement? Kau cuba jawab bagi pihak diri kau sendiri 

Apa yang aku akan risikokan jika aku terlibat dengan percintaan ni sebagai isteri orang? Mean kau tanya diri kau. Kau mungkin ada risiko hilang kebahagian kau ada sekarang. Kau mungkin ada risiko hilang anak kau. Self respect. Orang akan look down dengan kau. Mungkin kau akan diviral? Weh malu weh maruah hilang. 

Kau tanya lagi, kalau contoh kau down, suami kau tak layan kan, kau fikir balik kalau kau ni kahwin dengan lelaki tu dia akan sokong kau ke tengah down or bakal jadi lagi teruk?

Kita orang perempuan fikirkan...... Terlalu banyak perkara kita nak sampai kita lupa Allah dah bagi kita yang paling baik untuk kita teruskan kehidupan kita sebagai khalifahNya 

 

Kembalikan diri mu

Kadang-kadang kalau terjadinya attraction kepada orang lain ni means relationship kau dengan husband tengah bagi signal yang relay kau perlukan attention. Kat sini kau cuba banyakkan memberi (kasih sayang dsb) dalam perkahwinan untuk totally lupakan masalah emosi kau.

Cuba carik diri sendiri, kalau kau bekerja, go for spa dan cantikkan diri kau. Biar suami kau ni rasa wahh cantiknya bini aku, bila dia dah start puji kau start acting more for him! hahahaha. 

Cari rakan-rakan yang boleh diberikan bahu, jangan pendam sorang. Make sure kawan tu bukan kawan yang akan downkan kau pulak. Nanti kau lagi sakit. 


Sentiasa maafkan diri sendiri dan orang sekeliling

Bila kau dah berjaya elakkan perkara jahanam ni semua, kau kena bersyukur sebab masih ada sejentik rasa yang kau sebenarnya normal dan hanyalah manusia biasa untuk merasai perhatian, ayat manis dan kasih sayang. Ini tak buatkan kau ni jahat atau bad person pun. It makes you real. Apa yang penting adalah kasih sayang dan emosi ni patutnya kau lemparkan pada siapa. Identify balik siapa sebenarnya perlu sangat perhatian kau sebagai isteri dan ibu. Yes.  They are.....






nufarsa