Aug 25, 2016

Dumex Dugro Fruit & Veg For Nuha

Olla!

Alhamdullilah hari ni Nuha dah 1 tahun 5 bulan. Ko dah takyah nak demand sangat ye Nuha, ko nak ada adik dah. Haha.  Jadinya setelah sekian lama aku konsisten menggunakan S26 dalam susu formula Nuha, sejak dia 6 bulan, dan sekarang sebab dia dah nak ada adik, dan dia pun kuat makan nasi, kuat minum air kosong, membebel bercakap sendiri dengan Mr Teddy, jadinya start habis susu S26 nanti, aku nak try bagi Dumex Dugro Fruit & Veg. 


Kenapa Dumex Dugro Fruit & Veg?
Al-kisahnya, bagi seorang ibu, tidak akan terlepas dari memberikan yang terbaik dan paling terbaik untuk anak. Aku ni bukannya seorang yang arif bab-bab jadi Mama ni. Tapi nak jadi seorang ibu mestilah kena ada ILMU. Kalau ada terluang aku selalu menggunakan jari-jemari pendek aku ni untuk men'google'. Terdetik aku nak menukar susu ni sebab aku rasa Nuha pun dah ada cukup nutrient dengan S26 untuk menjadi anak yang aktif dan bijak. Nuha pun jenis makan nasi dan sayur ( faveret dia lobak air , kalau makan sup lobak air, macam tak cukup semangkok. Hahaha ). 

Ramai review dan banyak mama-mama lain aku tanya, derang kata susu ni bagus sebab kandungan DHA dia agak stabil berbanding susu Lacto.  



Lepas ni adik Nuha pulak nak minum S26, seronok betul hati yang lara ni bila dengar bunyi jantung bayi. Sis excitednye nak dapat baby kedua!!! Hahaha. Kena bagi peluang adik tau untuk dapat nutrient macam awak. Harap-harap berjaya hendaknya sumbat dia susu baru sok. Hahaha. 


Ok bye!

0 comments:

Post a Comment