Feb 27, 2013

Team Building : SMF 2013/2014 @ Pangkor Kem Rimba Resort

Alhamdullilah beberapa hari yang lepas kami SMF 2012/2013 yang bakal meletakkan jawatan ni dah buat satu team building untuk adik-adik SMF akan datang ni. Tapi tak bestnya sebab den jadi urusetia~ Nak join jugak. Tapi takpa still rasa kehangatan yang membara adik-adik baru ni nak jadi SMF. Hehe. Fasilitator pun kemain lagi, comel-comel belakoo~ :P

the teamates


So moh den cerita sikit, antara aktiviti menarik dalam team building kali ni ialah :



1) Modul
Yang berkaitan dengan semangat kekitaan dan kerjasama, Mereka semua dibahagikan group mengikut haiwan yang ditaggingkan dibelakang tag nama mereka. Dibahagikan kepada 4 kumpulan (merah, hijau, kuning dan biru). Selain itu mereka juga diarahkan untuk membuat bendera sendiri sebagai identiti kumpulan mereka. Banyak lagi la aktiviti-aktiviti menarik dalam modul ni. Pulau Kasih Sayang, tepuk-tepuk la. Emmm~~~~ Bestnya~~~




2) NightWalk
Dalam nightwalk ni mereka pula diarahkan untuk memilih ketua dan mereka semua ditutup mata mereka, kami urusetia bersama fasilitator pula, mengarahkan mereka mengikut sahaja kemana kami tarik mereka. Sampai saja di hutan kecil di tepi pantai, kami menyuruh mereka memegang tali yang diikat dari pokok ke pokok. Disitu tertonjollah sifat-sifat kepimpinan mereka. Menarik kan???

3) Flag
Ni dibuat masa malam pertama. Habis mereka semua kena brainwash habis la. Yela biasa la kan, ada yang rasa diri dah tua so mula la berlagak sikit. Tapi malam ni salah seorang penasihat den menangis, den takleh tengok penasihat den nangis, den pun ttbe je nak ngalir ayor matee~ Huhu. Sedih ah mengenangkan satu tahun bersama SMF pastu dah habis macam tu je. :((



4) War Game
Time ni den tertido kat atas kerusi. Hehe. Den tak tengok korang semua main tembak-tembak mase malam tu. Hehe. Im soooryyy~~ (gaya Amir RL)

5) Water Confident
Time ni pulak, kami semua main air kat teluk. Bersih jugak air dia dari depan pantai kami duduk tu. Kat sini kami diarahkan buat bulatan lelaki dan perempuan (ok fine, urusetia pun menyibuk! Wahaha). Masyaallah tenangnya dapat terapung~ Udara segar. Langit yang biru. Indah sungguh kan ciptaan Allah SWT ni? Kenapa masih kita tidak bersyukur? :)

6) Debat
Masa ni mereka berdebat, dan antara tajuknya macam, power rangers lagi hebat dari ultraman. Haha, lawak kan? tapi bermotid dan berobjektif hokeyy~ ;)

Tidak ketinggalan Acoi, lead mereka untuk program kerohanian. Alhamdullilah, rasanya cukup lengkap team building ni, takda sedikit tertinggal pun. Kalau ada pun mungkin terlepas pandang. Selepas tiga hari, akhirnya tiba masa kami berangkat pulang. Singgah di jeti lumut untuk bershopping sikit. Dan akhirnya pukul 2PM kami bergerak ke Shah Alam. Alhamdullilah kami selamat tiba pada pukul 7PM.

the craziess~


Si dia tu ada pulak kat shah alam, nak berbekam katenya, den pun bagi la hadiah/souvenir yang den beli tu. Dan he said ,"chantekkkkkkkkkkkkk la awak, mekasehhhh". Pastu den sengih cam kambing. BUeks!

Ok, cerita tamat. Selamat menelan luahan entrykuh~ Night.