Jan 28, 2015

Pregnancy : Set Berpantang Dan Supplement

Olla!! Assalamualaikum. Alhamdullilah dapat jugak tulis blog lagi ye ko ana. Curi masa sat waktu opis neh ja jemah weh. Hari ni aku nak share sikit pasal set berpantang dengan supplement ape yang aku makan time ngandung nih. Korang kan nengok aku aktif semacam je. Dah bak masuk 8 bulan pun masih boleh terkinja-kinja macam orang tak gandung ==". Takpe nnt aku free aku bagitau la camne.

So oleh kerana tak lama dah aku nak beranak, sebab dah 30weeks++ ni kena berjaga-jaga which is kena siapkan packing baju baby dan aku tuk disimpan dalam kete. Untuk set berpantang aku ambik set air mancur. Turun temurun punya set ni. Ramai yang sarankan untuk ambik set ni. Kononnya nak cari yang jejamu gitu, tapi mase aku nak beli bendalah ni aku ditegur oleh seseorang wanita yang berniqab,

"adik amek set ni, makan yang pil dik nnt yang jamu adik tak tertelan nnt. bagus ni akak pun makan."
"ohh yeke kak. ok sekarang gak saya bayo"

Gitu la ceghiternyee......

Set ni kena makan lepas 4 atau 5 hari bersalin. Kenapa? Sebab mommi2 yang breastfeed kena la jaga air susu dulu nak bagi anak minum yang fresh lepas beghanak sok. Lagipun takut2 baby terkena jaundis.



Dah pakej sekali semua, pilis, minyak telon dan sebagainya. Complete. Harga pun tak mahal. RM65. Aku beli kat kawasan Hulu Langat je sebab malas nak cari tempat lain which is aku tau tempat lain mesti lagi murah kan T_T.

Untuk batu tungku pulak aku pakai jenis batu sungai. Ni pun warisan turun temurun punya nih sebab dikatakan batu sungai lagi bagus sebab die punya tahap kepanasan cepat. Macam skang ade yang pakai tungku besi la ape la. Tak kesah la kot asalkan ko tu bertungku. Bengkung pulak aku pilih jenama Bonda. Jenis dua tali. Ada dua jenis bengkung, satu tali dengan dua tali. Kalau korang beli satu tali korang boleh pakai malam je, sebab susah nak bukak kalau nak ke toilet ke. So aku rase baik aku beli jenis due tali, so senang lah untuk aku terberi ke, terkuchil ke.

Supplement Sepanjang Mengandung
Ok macam supplement mengandung ni pulak aku tak amek benda lain selain ubat dari klinik kerajaan. Ade due je jenis ubat dari klinik kerajaan. Makan ikut masa insyaallah selamat.




Macam ubat merah tu, KK gantikan dengab ubat obimin which is dulu warna pink. Skang obimin dah takde, derang bagi Zincofer. Berganda lebih baik dari obimin. Ubat yang coklat tu lah yang gua paling payah nak telan. Tu ubat iron. Untuk kepekatan darah. Pernah aku skip makan, HB aku mendadak turun. Oh kecewaaanyaaaa bila kat buku merah gua tu ade tulisan merah. Rase mcm dah gagal weh. Haha.

Lepas dah masuk 8 bulan nih.  Aku ambil supplement untuk kuatkan brain anak-anak sejak dalam kandungan.

Benda ni doktor kata bagus, tapi tak boleh amek diawal kehamilan sebab takut baby hyperaktif nanti. Doktor jugak sarankan untuk makan ubat ni lepas 8bulan dan keatas. Selain tu aku minum susu kambing. Dulu aku try ibu susu kambing perisa asli. Tapi skanh aku dah dapat susu lagi best dari dulu.

Susu kambing ni bagus sangat tuk susu ibu. Macam milkbooster la kirenya. Insyaallah mungkin aku akan stick dengan jenama nih. Ahaks.

So tu jelah kot nak cite, takyah la pepanjang. Ok olls. Nanti lepas ni gua update lagi, topik tak pasti sebab aku suka update ikut suke ati aku je. okbai!

Jan 16, 2015

My First Chicken Pop

Awwww Aawww, For the first time aku kena cikenpop. Aku punya la selalu nak mengelak dari kena penyakit nih. Takut parut kate orang hahaha. Tapi akhirnya, tanggal 28/11/2014, masa tu aku mengandung 6 bulan, boleh lak kene kan? Ouhhh dugaan dugaan.

Punca Jangkit

Tak menangis kauuuuuu tengok bintik-bintik kat badan. Kekeke. Perit tak perit tapi lagi perit tengok muke, berkudap kudis wehhhh. Cuak aku tengok muka aku dah macam alien planet utarid . Aku syak aku terkena dek seorang minah ex ofismate aku, dah tau sakit datang kerja pulak. Cila*** betui. Pastu aku punya la tak pernah bercakap dengan minah tu, dan dan masa dia tengah sakit dia datang jumpa aku untuk suruh pass kan kertas kerja dekat bos aku time tu. Aku kan pekerja yang berdedikasi, so bila dia bercakap tu aku akan pandang la muka dia, dia siapkan lepas batukk pulak sedas dua kat muka gua, eh takde la kena muka, tapi dekat-dekat la maksud aku. Aku cuma syak dia demam or batuk or selsema biasa je. Masa tu takde lak nampak cecair bulat atas muka minah tu. So aku pikiaq positif je.


Yang atas tadi tu cerita sebelum 28/11/14 dimana aku dah disahkan kena cikenpop. Berminggu jugak ko tau baru nampak cikenpop tu, punye la dasyat antibodi aku nih ahahaa, patut la aku rasa macam kat perut aku gatal-gatal. Kat sini aku positif lagi, sebab almaklumlah kan tuan puan gua ni mengandung, gatal-gatal kat sekitar perut tu aku ingat nak tumbuh macam yang stretchmark. Dekat perut aku pun aku perasan macam ade due ketui macam jerawat badan. Aku biar jelah. 28/11/14 ni jugak aku hantar resignation letter dekat company tu

Dia suruh aku hantar notice 2 minggu tu untuk berhenti kerja. Tapi time ni aku dah dapat offer tempat lain pun, cumanya aku nak letak awal sikit sebab aku nak rehat kat rumah. Nak dijadikan cerita, malam 28/11/14 tu after balik kerja, aku pergi klinik. Sebab badan aku dah panas sangat kan. Then masa tu sekali lah nak scan tengok gender chegitenye. Masa  nak scan, nampak ade biji merah bulat dekat perut aku.

"apa ni?"
"entahlah jerawat kot"

Aku jawab camtuh sebab mane aku pernah kena penyakit ni, aku tak tau lah.

Esok lepas minum air kelapa. Dua hari merebak benda bulat-bulat tu, sampai kat muka aku. Oh noooo!  Perit cikenpop tu perit jugak, tapi lagi perit kalau bendalah tu tinggalkan parut! Aku menangis pun sebab takut ade scar. Tak pasal-pasal kang aku ghupe jack sparrow pulak.

Bawah ni gambar aku masa dah seminggu lepas kena. Alhamdullilah aku cek up kat klinik Az Zahrah masa tu, dia bagi aku calamine losyen.  Insyaallah semoga takdela apa-apa kat baby nih. 



Sedihkan kan kan?Alhamdullilah parut pun hampir pudar, tak sampai sebulan pun. aku gune lidah buaya je. Hihihi. Aku beli deBella Aloevera Gel. Tiap-tiap hari sapu. Pastu makan pun cam kena pantang sikit takut parut hitam legam. Syukran sekarnag semua dah back to normal. Dugaan ni gua akan ingat sampai bebila anakku. ewahhh.


OKlah tu je nak cite dalam ni. 

Kbai.