Nov 2, 2013

45 Jam Pertama Di UEM Group

Assalamualaikummm!

Garang? Memang la, I kan spesis pirahna Vegeterians.
Aku dah tukar keje kalau korang nak tahu, baru la seminggu mula. Senang tak senang nak cerita aku dah kerja selama 45 jam di dalam Alaska. Gile sejuk. Dulu tempat kerja lame, peluh duk meleleh je keluar kan, sane sini aku merayap, tapi kerja kat company baru ni, air peluh KERING! Tak menyempat nak keluar, jadi AIS. Hakhak.

Aku g keje, aku pakai la spek mate, baru nampak nerdy sikit. No no no, bukan spek mata hitam tu. Spek mata ni aku buat KHAS untuk kerja kat sini. Ecewahhh!

28th Oktober 2013

Aku gerak dari rumah tu dalam pukul 6.45 AM, diulangi. 6.45 AM. Almaklumlah, aku ni nak pergi kerja macam nak pergi menempuh banjir. Haah banjir manusia, berpusu-pusu orang pepagi tau. Aku g keje, semua nak g keje. #eh? Hahahaha. Aku sampai kat tempat kerja pun around 8.00 AM jugak la, aku terus ke tingkat 220 (tinggikan? wa tipu je) untuk registration. Kau ingat masuk tadika je ade registration? Haaa I pun ade jugaks. Akak HR serahkan semua dokumen-dokumen untuk diisi tapi access kad, still wa pakai yang visitor punye type. Ouhh lemah. Bayanglah, aku hanya boleh touch kad kat Ground Floor je. Pergi toilet pun kena touch access kad, tapi selama 3 hari jugak la aku pinjam kat orang untuk keluar masuk buang produk-produk tak diperlukan.

Suasana kerja?
Alhamdullilah sejuk tak hengat punyaaa. Meja aku memang boleh bubuh 6 ke 7 Desktop Mac. Laci berlambak-lambak dan dibuat sebagai "Fridge". Dan lokasi meja aku, aku duduk sebelah akak yang sangat penyabar melayan pertanyaan aku yang melampau-lampau banyaknya. Tapi akak ni kira cam supervisor aku juga la. Banyak tolong aku, teman aku, ajak aku. THORima Kasih kak N (bukan nama sebenar). Almaklumlah kak, kitak first day kan, haruslah aku ni bajet-bajet cam innocent sikit. hikhik.Tapi yang penting akak-akak ni semua peramah. And like seriusly I dont feel a real burden on my first day.

Aktiviti Kegemaran?
Macam korang tak tahu. Konpem mengunyah, menelan, mencekik dan sebagainya. Menara bertingkek-tingkek, aku tak tahu la cafeteria dia kat mana. Akak N yang tunjukkan untuk aku. Mula-mula tu aku takut-takut la nak mamam kat cafeteria sebab aku dapat bayangkan betapa mahal makanan kat situ.

"nak makan ke tak nak?", berkira aku kat dalam hati
"ana tak nak makan ke?", akak N sergah.
"emmm tak tau la kak. tak kot", kata aku yang sedang keliru dalam mebuat keputusan yang paling memeritkan ini.

Aku ushar-ushar makanan kat situ sekali aku nampak daging rendang yang mengilai-ngilai panggil aku, eh seramnya. Aku hampiri masakan tu.

"Bapak ah, asal aku nampak daging ni sedap sangat. Pakai penarik ke ape pakcik ni". 

Aku pikir punye pikir punye pikir.
"Ok SET! Memang sah daging tu cari nahas gan aku, jage kau, telan kau!"


"Nasi separuh ye bang"
"Ok, nak lauk ape?"

Aku tunjuk la lauk daging tu.

"Lagi dik?"
"Arrr ok cantek."

Aku rembat sambal belacan sikit sebagai pemedas mulut. Dan aku bersedia kat meja bayar.

"9 Hengget dik.", kate jaga kaunter tu.

"What the!... !@#$%^&*(", hai ku hempuk gak karang minah ni.
"Ok kak terima kasih", sambil muke senyum ikhlas tersangat.

Banyak pulak bab slot makanan tu ye. Terima kasih la kalau ada yang baca. Bahahahaha

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tempat berehat?
Surau opkos, surau kat sini pulak sedap buat golek-golek. Selesa bhai. Memang selesa. Alhamdullilah walaupun berlum permanent kat sini, tapi dapat rasa pun cukup la kan. Tapi kalau kadang tu malas sangat nak turun aku telangkup muke kat meja je lelap mate. Sampai ade satu hari tu, dahi aku bertande. Cis! Ade chop pulak kan. Nampak sangat.

Suasana KTM?
KTM ramai gilek! Mohon Kementerian Pengangkutan wujudkan KOC SEPARUH WANITA, mohon kira sekali bilangan wanita tak TULEN yang naik KOC ye. Tak sanggup bergesel gan spesis cam tu. 

Akhir kata, kerja -kerja dah ada di assignkan untuk aku. Alhamdullilah takde la ternganga aku duduk kire berapa kali cicak berak atas tangan aku, dan most important thing is, aku selesa sebab enviroment.

Be nice to me oh newlykind JOB, saya akan jadik baik, sopan, sentiasa senyum manis. Iye tau. Hahahah. Ok till then! Bye:D






Oct 9, 2013

Interview under Young Graduate Programme UEM Group


Assalamualaikum dan macam biasa salam sejahtera (ala-ala Karam Singh Walia puhlease~ hehe).

Alhamdullilah syukunya ya Allah, tak dapat dihitung dah, hari ni tanggal 9 Oktober 2013 untuk kali pertama aku di temuduga oleh salah sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Seronoknyaaaaaaa bukan kepalang aihhh! Sebab syarikat ni dengan syarikat macam property ni memang dah jadi aku punya impian untuk bekerja .

Kalau nak cerita hal temuduga tadi?

Dasyat tak dasyat aku ditemuduga oleh 3 orang panel, selalu sorang je tapi kali ni tiga orang, dah la wa sensoranggggggggg~ T__T. Sebabkan ketabahan aku, aku melangkah masuk daftar dekat Lobi dan ambil kad visitor untuk naik.


Bila cakap bab temuduga ni, aku mengharap satu je. Panel dia best. Nasib baik panel baik-baik kalau tak ketar gak aku nak menjawab, dapat tak dapat tu belakang kira yang penting dapat temuduga ni pun aku rasa Allah SWT dah bagi peluang besar untuk aku berada dalam bangunan ni. Haha, sedih weh ayat.

Aku ada banyak pengalaman interview, tapi ini kali pertama aku dengan GLC. Sebelum ni dengan private company macam Nexus dan Heitech Padu je.  Tu pun aku mengigil inikan pula syarikat idaman aku sejak dari dulu.Tak tahu nak ayat macam mana dah,



Dah habis temuduga dah............. Yeay!
Aku pun berjalan nak touch kad visitor aku tu balik untuk keluar dari bangunan,


Sesampainya dekat punch line tu, aku punch je keluar "error", aku punch je keluar "error". Alamak mampuisss~ Acaner pulak aku nak keluar neh. Tiba-tiba dengar guard kat situ jerit,

"Dik belah kanan sekali dik punch untuk visitor",
"Ohh~ Terima kasih bang!", jerit aku dalam nada ayu.

Aku touch la kad visitor tu kat device belah kanan sekali macam guard tu suruh, tak boleh jugak.
"Dik! Kat yang ade benda hitam tu", jerit guard lagi.
"Ohhh jumpe dah bang", jawab aku.


GEDEGANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!


Aku pun ape lagi terkejut ah, sebab cuak kad tu jatuh dalam device tu. Ternaik-naik bahu aku terperanjat, agaknya kalau diorang rakam muke aku konfem macam mak nenek nampak beruk dah muke aku.

"Alamak bang jatuh la kad tu", tanya aku kat guard,


Guard and orang kat situ semua gelak kat aku,

"Dik, memang la, memang kad tu akan jatuh pun, tapi adik jangan terperanjat sangat cam tadi,", guard tu sambung gelak, "Hahahahhahahahhhaha".

"Aduyaiiii malunyaaaaaaaaa aku, baru ingat nak cute-cute bajet-bajet ayu hari ni",bisik dalam hati.
Aku pun keluar dari bangunan dengan muke yang tak tahu malu.

Sampai kat KL Sentral pulak, nak tunggu KTM balik rumah tiba-tiba ada satu stesen TV bahasa inggeris meluru kat aku nak tanya sedikit soalan berkaitan public transport, dah la aku tengah pegang Caramel Milk Tea kat tangan selamber je nak interbiu. Tapi lantak, aku sudi menjawab ecececeh~


"aduyaiiiii bahasa inggeris lagiiiiiii!!!!~", geram la pulak, asal tiba-tiba Bahasa Inggeris tu jadi terlampau penting pulak hari ni????
 

Lepas aku soseh-soseh tergagap-gagap cakap dalam Bahasa Inggeris, director angkat tangan dan cakap OK. Aku pun lega~

Sampai je TBS aku amek kereta dan aku chaw, balik rumah, tulis blog, dan sekarang aku nak sambung TIDO. Jadi freelance mano nak cukup tido bai.

Minah tak reti matching baju, baju oren gan hitam, aduh menyesal T_T

Ok der~ 

Jumpa lagi ye. Bye~

Oct 6, 2013

Majlis Kahwin Kawan SMKDN Syahira Dan Reza

Haylooooooooow guys!

Assalamualaikum.

Its Sunday dan ramai betul lah kawan-kawan upload gambar kahwin hari ni. Ahamdullilah dan tahniah buat pasangan-pasangan newlyweds kate orang. Honeymoon jangan lupe bawak balik ole-ole untuk kite tau! Hehehe.

So kita cerita pasal majlis perkahwinan la ye. Semalam bertempat di Dewan Bankuet Maktab PDRM Cheras telah berlangsung majlis perkahwinan rakan sekolah menengah aku dulu. Nurul Syahira Binti Baharuddin. Telah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat sebelumnya dan melangsungkan majlis resepsinya pada keesokkan harinya yakni semalam.

Nak cerita la pasal majlis ni, heh heh heh, bukan nak soseh soseh majlis orang kayh, nak cerita masalah diri aku sendiri. Hari jumaat tu aku dah terfikir-fikir, dengan siapa la aku nak pergi kenduri ni, pikir punya pikir aku tweet kawan-kawan aku yang seangkatan dengan aku dulu, tapi malangnya mereka semua tak dapat pergi. Aduyai~ Dah la gua pergi buat kat RVSP tu pergi, ni majlis kawan ni, Sabtu pun free kan, rugi ah tak pergi. Sebab.....
Makan, makan, makan~~


So memang RUGI sangat la kan tak pergi!
Aku dengan gagah beraninya siap-siap, dan start enjin. Terpikir lagi,
 "betul ke nak pergi sorang-sorang ni?", tanya dalam hati sendiri.
Yang sebelah kanan jawab, "pergi laa~~ walimah orang tu wajib kita pergi. Dosa Dosa. Allahuakbar" (siap bertakbir la pulak kata hati aku ni, ahaha)
Yang sebelah kiri jawab pulak, "buat ape nak pergi, kau duduk rumah lagi bagus, tidur".

Dan disebabkan aku ni alim-alim kucing gitew, aku pun .....pergilahhhh dengar kata hati sebelah kanan aku. Haha poyo XD

Dan alhamdullilah sesampainya aku kat parkir utama Maktab PDRM tu, terjumpa geng-geng sekolah aku yang memang nak pergi jugak, so aku gerak sesama, gather-gather dengan derang. Takdela malu sangat kan. Huhuhu.

Makan-makan , borak-borak dengan kawan-kawan lama. Kami pun nak gerak balik, tapi sebelum tu.





Dari kanan Qila, Aku, Syaza, Asyidi, Sofea, Nadia, Amira, Hanis dan Dalilah.

Klik klik dulu hokeyyyy jemahh jemah sekalian, buat bahan bukti gitu. Hehehe. Kepada dua lagi pasangan pengantin yang aku tak dapat hadirkan diri, sepupu kepada tunang aku, Farid dan Ena serta rakan aku norlailiadha dan faid , aku menyusun sepuluh jari memohon ampun atas sebab-sebab tertentu, tapi doaku hanya buat kalian. Semoga kekal sehingga ke Jannah dan menjadi suami dan isteri yang solehah. Amin..

Till then olls! Chaw, Salam.


P/S : tadi kak long tanya badan aku naik ke? aku hanya mampu terdiam, T_____T

Oct 2, 2013

I Quit My First Job (PART 2)


Lepas aku tengok staff dua orang ni dah takleh blah, aku pun mintak nak keluar. Kat meja aku pun aku tak buat kerja pun. Aku senang lenang. Aku takde mood. Aku rasa panas hati. Aku rasa nak membunuh. Aku rasa nak maki. Tapi aku tahan. Aku tak nak dah bash orang cam dulu. Aku cuba jadi seorang PENYABAR kononnya.

Tiba-tiba BOS yang aku menyirap tu panggil aku, tapi suara macam marah ah.
"Ana!!! Sini JAP!", sambil pandang tempat lain
"Mmm..", muka masam cam landak air.
"Saya minta maaf kalau andaikata bla-bla-bla-bla........"
"Macam mana En boleh kata saya yang sebarkan and kepoh kat ofis?"
"Eh saya tahu la, ada orang bagitahu saya"
"Ke En serkap jarang je?"
"Saya tahu la semua orang tahu", sambil pandnag tempat lain.
"Lantak kau lah, cam good-good je perangai", cakap aku dalam hati.

Aku bangun aku blah.

Telefon bunyi, aku tengok BOS IT aku yang lagi sorang kol. "Eh nak ape plak dia ni". Aku angkat, dia suruh aku meet up dia sekarang kat Teh Tarik IOI Mall. Wah! "Konpem dia nak belanja ni, hahahahha". Masa aku sampai tu BOS IT aku dah ada, rupanya nak bincang hal KERJA. Aduh sedihhhhh~~~~ Gua dah la hilang mood neh. Tapi ku gagahkan jua.

Habis sosehhh sosehhh dengan BOS IT aku, aku mintak izin untuk chaw 

Malam tu aku dapat kol dari programmer aku. Tanya apa cerita berlaku. Aku pun pongpangpongpang bagitahu. Rupanya seorang staff perempuan dah SMS minta maaf gan dia sebab terbagitahu dengan BOS pasal kononnya aku ajak programmer aku berhenti sekali. Ni kira nak cakap aku menghasut la ni walhalnya kami dari dulu main-main cakap macam tu, tapi yang staff perempuan tu mungkin apa yang dia fikir ntah, nak selamatkan diri mungkin, so main cakap je yang programmer nak berhenti sekali. Programmer aku pesan dengan aku sekian-sekian. Aku nyesal gak sebenarnya sebab try nak bantu benda ni dan tegakkan keperimanusiaan. Tapi..... sia-sia belako....

Lain jadinya, masa aku tengok si BOS aku ni dah try nak keluarkan rahsia-rahsia yang aku pernah cakap kat dia, aku terfikir dengan kata-kata seorang staff kat situ, "Kalau dia panggil semua ana minta maaf je, jangan lawan, nanti habis semua rahsia-rahsia dia cakap". Aku pelik jugak, rahsia apa yang dia nak cakap, aku tak cakap apa-apa pun dengan BOS pasal perihal derang. Tapi kan, dia selalu force aku untuk cakap, masalah-masalah semua. rupanya ini makannya ek. hahaha. Kau KELAKAR BOS. Patutlah masa aku desak-desak staff perempuan tu dia macam tak nak cakap apa-apa. Gua dah rasa dia ada banyak cerita pasal gua dekat BOS.

Alaaaa, perempuannnnnnnnnnnnnn

Kesal...

Kesal....

Nasib baik ada dua programmer dan tiga orang budak praktikal yang best dan tahu apa kisah sebenarnya, kalau tak mesti nama aku busuk jugak.

Tapi yang penting aku akan jadi SEJARAH dalam hidup kau BOS. Kejadian 30/9 itu bakal kau jadikan kisah turun temurun. Dan terpahatlah nama aku sebagai QUITTER yang ke berapa ribu ntah di pintu ofis bilik KAU BOS.

Kbai

I Quit My First Job (PART 1)

Assalamualaikum.

Ok, kat mana nak start ni? Ok tinggal lagi beberapa minggu lagi. Em, busy memang jangan cakap la kan. Tambah serabut bila dah sangkut paut dengan kerja pulak.

Ada yang masih tak tahu, aku sebenarnya dah bekerja dekat salah satu syarikat swasta di Puchong. Baru beberapa hari selepas aku tamat paper terakhir untuk UITM aku diterima bekerja disitu. Alhamdullilah rezeki orang kate. Kerja punya kerja punya kerja, aku having FUN bila ada kawan-kawan baru semua. Masa ni ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki. Of course aku akan lebih dekat dengan yang lelakinya, yang sorang tu senior programmer, yang sorang lagi tu programmer. Yang dua orang ni aku selalu cerita jugak masalah kerja aku, masalah itu ini. Kalau aku kutuk-kutuk pun derang tak pernah cerita pun dengan sesiapa. Kami diam kami jerkkkkk..

Sebabkan terlampau sangat keswastaan syarikat ni dan ada beberapa perkara yang aku tak gemar dalam syarikat ni, aku memang ada bercadang untuk keluar dari syarikat tersebut setelah tamat kontrak 3 bulan. Alhamdullilah aku ada pula mendapat temuduga dari KN, tapi baru lepas temuduga pertama baru, emmmm takut jugak tak dapat sebab almaklumlah, inilah syarikat yang aku dambakan dari dulu lagi. Gua nak tengok KL dari KLCC der, sebab tu wa pohon kat sini. HAHAHA. First yang aku submit resume dulu kat sini sebelum aku bekerja, dah 2,3 bulan baru nak panggil aku. Sedey tau nokss :(

Alkisahnya, aku start rapat dengan semua sekali, tambahan lagi ada 3 orang budak praktikal dengan aku. Aku jadi lebih selesa sebabkan mereka pun satu fakulti dengan aku dulu, dan perangai pun masuk air jugak cam aku. Kehadiran mereka menambahkan seri pada company tersebut.

Tetapi.....

Tidak lama, kejadian tempoh hari mengubah segala rencana. Aku dikatakan telah mengepohkan beberapa hal tentang BOS aku. Walhalnya...... ALLAH sahaja yang tahu.

Aku dipanggil masuk ke bilik bersama dua orang staff perempuan sebab aku dah rasa BERSALAH yang amat kerana ak juga salah seorang yang telah JOIN perbualan staff-staff tersebut semua cerita pun terbongkar dan aku tahu segala-galanya. Dan semasa meeting, seorang staff perempuan menyuruh aku meminta maaf dekat BOS aku tu, walaupun aku tiada salah apa-apa. Tapi aku bengang ah, dan berkata, "KENAPA ANA KENA MINTA MAAF SEDANGKAN CERITA NI BUKAN ANA YANG MULA?" . Mereka mendesak, dan aku berkeras, tapi kulihat dari segi percakapan dan bahasa tampaknya mereka lebih menyebelahi BOS sedikit besar itu. Aku tengok dua orang staff perempuan ni dah takleh makan, mungkin ada kepentingan sendiri.

Aku menangis la jugak sebab sebak kan, kawan buat cenggitu. Masa aku nangis tu aku pandang muka derang. Tiba-tiba aku teringat TAMBI-TAMBI KESAYANGAN aku, Aliyah dan Syahira.

"Ya Allah rindunya aku pada mereka. Sesungguhnya tiada ku jumpa lagi sahabat sejujur mereka dan tidak seperti ini." doa dalam hati je.


bersambung.......

Sep 22, 2013

Pesta Kahwin Betul-Betul

Assalamualaikum.

Lama gilak wa tak update belog ni. Bukak-bukak je link nampak lipas gan kala jengking. Hehe. Bulan Ogos tempoh hari memang tak update langsung blog ni. Kesian nye dia eh sorang-sorang. Hehe.

Tanggal bulan Ogos lepas ramai kawan-kawan yang sudah melafazkan dan menerima ucapan Ijab Qabul dari suami dan isteri tercinta. Alhamdullilah, majlis semua berjalan lancar cuma ade sorang punya majlis je aku tak sempat jengah sebab terlampau busy dengan kerja. Aku kerja sekarang ni weh. Tapi kuli je la. Kuli yang berwibawa gitew. Angkat tepon pun gua, sapu sampah pun gua, lap tingkap pun gua. Kalau nak dikatakan gua ni fleksibel la kerja kat situ. Alhamdullilah semua nya smooth, rezeki datang dari Allah. Lain yang dirancang lain yang datang tiba, kadangkala tu rezeki yang Allah bagi tu lebih dari yang dijangkakan. #syukranAllah

Ini antara rakan-rakan yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan pasangan memasing. Nurul Amira Ghani

Beliau ni lembut orangnya, Dulu masa kat Chendering dia ni la Kak Long kami. Take care dengan adik-adik, kalau ade antara kami yang bergaduh beliaulah penenangnya. Hehe. Tapi kini , syukran, Nurul Amira Ghani telah pun sah menjadi isteri kepada rakan sekelas beliau semasa di Fakulti Sains Komputer dan Matematik dulu, Syahrul.

Ok, next. Ialah rakan SMF FSKM 2012/2013. Yang telah melangsungkan perkahwinan beliau dengan suami yang juga bekas pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Nurul Aini Azhar, antara SMF yang paling tinggi dalam kalangan wanita SMF lain, ok gua tau gua pendek sikit. Tapi kalau i pakai heels uolss semua kalah ok. Haha. Ok, so majlis pernikahan yang berlangsung di Kedah, (tapi wa tak pergi). Selamat diijab kabulkan dengan suami tercinta, Fikri Abdullah. Majlis belah lelaki je kami pergi sebab kekangan aku telah bekerja dan tak dapat cuti raya. T_____T

Alhamdullilah syukran, semua pun berjalan lancar. So tunggu siapa la pulak lepas ni kawen kan. Hahaha. Tapi kebanyakkan kawan-kawan wa semua kawen dengan teman sefakulti. Kehkehkeh. Yelah time belajar ni la nak cari kan, kang kalau cari time keje, lain pulak yang dapat nanti. Dah berkenan terus kawen , takyah dah nak proses kenal-kenal dah.

So, kesimpulannya bila wa tengok gambar-gambar kawan-kawan wa, wa rase cuak, nebes, takut, gemuruh, lak darah ni. Bulan 10 ni the whole month aku ade jemputan kahwin, insyaallah kalau tiada kerja aku mai naa~

Ok, back to work!!! Banyak keje gua dah tangguh ni. Sabtu , Ahad pun wa bekerja dan tidak bergaji. Hehe. Tapi takpe yang penting niat bekerja Lillahi Taala kayh!.

Till then. Chaw. Salam.

Jul 25, 2013

Muara Ikan Bakar @ Tanjung Harapan, Port Klang

Assalamualaikum rakan-rakan dan taulan. So untuk entry kali ini, kita nak tengok dan jelajah sikit kedai makan dekat kawasan Port Klang. Terdengar je Port Klang, huh kompen berabukk punya ah kedai makan situ, dah dikatakan kawasan perindustrian, dengan lori hantu banyak, tapi laaaa rupanya kedai makan ni  lain pada lain. Sebab? Haaaa restoran ni dekat sangat dengan pantai. Nama pantai sesungguhnya tidaklah dikenali. Nama tempat ni Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan. Memang betul2 terletak dekat Tanjung la. Hehe.


Ok, sebenarnya majlis makan-makan ni takdelah besar mane, biasa la ade orang belanje kite. Hehe. Akak ipaq dengan abg long kite belanje dua-dua belah family untuk makan-makan ni. First time menjejakkan kaki disini, first sekali, aku nampak sunset, best pulak tu muka aku memang betul-betul la menghadap cahaya matahari nak terbenam. Fuh! Cantik seh! Romantika Ramadan gitu XD

Keluarga Akak Ipar

Aku pergi kat sini untuk berbuka, menu dia pulak berasaskan makanan laut, banyak la ada udang, ketam, ikan memang fresh-fresh. Pergi pulak hari minggu, Sabtu. RAMAIIII LA WEH!!! Nasib baik Abg Long gan Kak Long aku dah reservekan tempat. Kalau tak memang naya. Kemudahan kat sini ada surau, agak selesa, dan aku berikan 3 bintang untuk tempat solat dia. Toilet ok, semua ok. Kerusi meja memang banyak. Kalau calculation aku tak silap kedai ni boleh menampung seramai lebih 100 - 150 orang.



Waktu berbuka diumumkan dan aku pun start mamam, perghhhh sedappp gila tau udang masak sos dia. WOW! Mungkin juga mereka guna air rebusan udang untuk sos dia ni. Ikan apa la ntah aku tak tahu, ada sayur kankung belacan, desert (buah-buahan), Air Tembikai, pekena lak dengan sos cicah ikan. Perghhh terboek ah~ Lapar lak ttbe (T___T).

Abaikan penampakkan entity bernama farhana disitu, kabur plak T.T

Lepas makan dan solat dan berborak, kami pun pulang. Dan memang ketidaksukaan aku pada kawsan Port Klang menjadi-jadi bila kereta ayah aku breakdown. Bateri ttbe habis. Aik? Pelik. Berhantu sungguh kawasan ini. keke. Tuptaptuptap, terdampar kat kawasan ni sampai la pukul 1130PM jugak. Aduh letih sungguh. padahal menunggu kereta siap je pun. Hehe. (tapi den pernah rasa lebih letih dari ni). Balik , mandi , solat terus seru bantal tido! Phew~ Lega~

Penampakkan entiti bertudung di bulan Ramadan. Muke orang belanje :P

So, kawan-kawan, kalau andaikata korang nak bawak keluarga makan ke, awek ke, tunang ke, isteri ke nak makan ikan, udang seafood fresh-fresh, datang lah sini. Servis pun terboek! Pelayan dia akan iyakan je apa kau kata. Pantas servis dia. Good one~ Makanan sini memang sedap! So ape lagi, booking ah cepat!! =P

Aku nak bagi : 
A Happy StarA Happy Star

This entry was posted in

Jul 22, 2013

The Best Leader Eemir Syhafiq



Assalamualaikum guys!

Haihai, first of all hari ni aku nak memperkenalkan salah satu ketua senator geng bas sekolah aku, dia dah kembali berblogging kembali. Yeay! Sebabkan hari ni dia baru launch blog baru dia so aku pun nak bercerita sikit pasal dia lepas-lepas ni jangan risau, ramai lagi yang akan aku bercerita kekeke. u'olls boleh tekan link kat bawah kalau nak direct pi blog dia yak. Eemir juga merupakan salah seorang pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Matematik UiTM Shah Alam. Umur Eemir gan kite ni same ok! So u'olls tak tau kan umur I? Hahahhaa  :))

[580602_10201087749896707_1434841553_n.jpg]
Eemir Syhafiq 

So hari ni aku nak review sikit Mr. Eemir ni, eceh macam review product pulak kan hehe. Actually aku baru kenal Eemir ni hampir setahun jugak. First time nampak Eemir masa meeting Seketariat Mahasiswa Fakulti. Aku terlantik secara al paksa oleh Mr Afiq Rusdi (Presiden Kelab Teknologi Maklumat) masa tu. Biasa la kalau dah terpaksa, benda yang menganggu cuti, memang aku bengkak je la hati ni. So, muka pun jadi macam ayam, lembekk je datang meeting kat Theatrate 1 masa tu. Meeting selama 3 ke 4 hari tu pun berlangsung dengan boringnya, almaklumlah memang gua tak kenal sorang pun masa tu.

Masa ni Eemir jadi ketua, suka la jugak dengan cara Eemir ni,  tapi sebabkan selepas dari meeting tu dia pergi Beijing, dia pun terus hilang dari ingatan aku. BTW, memang masa selection tu aku tak vote kau sebab aku sendiri tak kenal sangat mana satu Eemir Syhafiq. Kahkahkah. =P

Selepas lama-lama tu, aku makin lama makin rapat la gan mamat ni (masa tu dia dah ditabal presiden SMF, nak bodek la kan hehe). Ada juga a few rakan SMF yang sangat rapat, sehinggakan dipanggil secara rasminya ahli "SENATOR". Kat sini takda ketua, takde setiausaha, takde bendahari, semua jadi KETUA untuk ahli SENATOR. Dan banyak event yang dah dianjurkan oleh SENATOR ni untuk ahli ahli senator, kalau yang baru-baru ni derang buat IFTAR and SAHUR dengan mereka. (aku takda).

Aku sebenarnya agak terkejut dengan Eemir ni, sebab dia ni terlampau minat muzik! Apa-apa jenis show kalau ada idola dia Siti Nur Haliza tu, konpem la ade muka dia, tak pun Shila Amzah. Perghhh~ Susah la nak jumpa orang lelaki minat muzik lembut-lembut ni kan. Tapi dia ni minat. Weirdo~~

Dari segi kepimpinan, Eemir ni hebat, pernah memenangi beberapa anugerah masa Majlis Apresiasi FSKM tempoh hari. Strategik dan cara layanan yang sama rata kepada semua orang (pendapat aku). Tapi paling penting, pandai menghargai kerja seseorang. Nak cakap banyak pasal Eemir pun tak guna sebab, He is so kind to anyone especially those yang dia rasa senang berkawan. Sekarang ni dia dah balik Ipoh , sedih ar :(
Tapi Insyaallah, kita akan berjumpa masa perkahwinan adik Aini nanti k 15/8/2013 nanti ;))

Then, lepas ni ada lagi ahli-ahli senator lain yang akan aku describekan. Habislahh~~~ Nak cakap benda baik ke benda jahat? hehehe. OK. Till then.

He is a big fan of Siti Nur Haliza Ya! 😂

Salam.



Jul 17, 2013

End of Chapter Six (BSc Information Technology)

Assalamualaikum~

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi. Dapat lagi menulis dalam blog yang terchenta. Hihi. Oookk~ First sekali rasa lapang sangat sangat bila semalam dah lepas satu lagi penat Final Year Project.

Say heyyyyyyyyyyy~ Say hooooooooo~ wahaha bayangkan jela aku tengah jerit sorang-sorang sebab terlampau excited dengan tamatnya Ijazah aku. Insya Allah, u guys, yang sedang baca ni doa-doakan saya ye. Ngeeeeeeeee~


Ok, lepas ni tunggu nak buat finalize untuk documentation then hard bind insyaAllah lepas tu tunggu result exam 3 Ogos 2013 nanti, before raya tu, arghhhh chuaks! Semester ni memang berbagai jenis keringat yang keluar dari tubuh ini sebab nak sedaya upaya menamatkan degree kat UiTM ni. Subjek memang sah-sah theory je la kan. Programming pun eleeee ala kadar jek pun~ Tapi dua tahun ni mencabar keimanan dan perasaan betul la (T__T)

Semester ni memang tough, sebab tambah lagi dengan freelance project yang aku amek lagi, client call-call sampai sakit kepala, stress of course, dan berbagai lagi dugaan sehinggakan satu masa tu aku tak tahan aku berlari-lari anak di keliling kolej mawar aku sambil tersedu-sedu. #eh ni serius. Actually i am expecting my result to be good enough. Lepas ni nak rehat, nak teruskan buat apa yang aku suka dan FOKUS pada hari "tu". Hihi, malu nak cakap XP

Akhir kata, nak ucap selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi sesiapa yang sedang menyinggah membaca mahupun mengodek blog ini, kalau cari resepi, sorry dik wrong address, kalau cari model, sorry naa takde tayangan model di sini, kalau cari budak serabut, yaaa! Kau di jalan yang benar, di sinilah tempat budak serabut hehe. Semoga ramadan kali ini memberi 1001 makna buat kita semua, insyaallah semoga kita dapat melakukan ibadah dengan tenang dan dikurniakan pahala yang melimpah ruah. 


Banyak-banyakkan beramal kawan-kawan. Bye <3


May 25, 2013

SMF : Syauqi! Cepat Sembuh Ya!

Salam,

Semalam aku dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang rakan Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) bagi sesi 2013/2014. Ya Allah betapa terkejutnya aku dengan berita tu. Seimbas lalu aku teringat kemalangan jiwa yang melibatkan rakan aku di hadapan mata aku sendiri semasa aku di sekolah menengah dulu. Dan hari ni keluar pula surat khabar metro. Emm~ Aku bertambah sedih bila baca dan tak dapat membendung lagi perasaan ni, tapi aku selalu je buat tak nak ambil tau, cuma aku mahu tahu kau sembuh sahaja. Aku takut Aku trauma. Aku fobia.


Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang, kami memohon kesembuhan Syauqi Amri ya Allah. Dikhabarkan Syauqi Amri , 21 cedera parah dan sdah pun menjalani pembedahan di dada semalam. Tetapi dikatakan pendarahannya masih belum berhenti. Syauqi kuat naa~ Tahan tau Qi. Kami tahu sakit.  :((

Syauqi~
Ingat tak masa mula-mula kita semua pergi Pulau Pangkor tu?



Seronokkan? Kat situ kali pertama kita jumpa. Lepak-lepak borak-borak dah macam kawan lama. Takda gap antara SMF baru mahupun LAMA. Kau berani untuk sahut penerimaan sebagai penghulu masa tu. Serius kami semua respek kau masa tu.



Yang paling penting sekarang, kami semua nak kau sembuh tau Syauqi, kita gelak-gelak macam dulu lagi. Dah lama dah tak jumpa hang sejak Karnival Sukan tempoh hari. Semoga cepat sembuh Syauqi!

kredit gambar : Ammerul Hamzah

**Arwah Syauqi pergi beberapa hari selepas aku update cerita ni. Semoga roh hang dicucuri rahmat Syauqi

Apr 18, 2013

Viral Awek Gyiwomi Iras

Fenomena "gyiwomi" menjadi-jadi sekarang ni. Dah dua hari video satu video gyiwomi yang dikatakan dibuat oleh seorang isteri pada suami nya. Memang cute gile la~ Tapi sayang dikatakan kakak dia telah post video yang die bagi tu kat youtube dan tak disangka dalam masa satu hari dikongsi sebanyak 4000 shares!!! Waw. Tapi masalah sekarang ni tulah. akulah jadi mangsa. Ada yang mengatakan video tu ialah aku. Ok seriusly this is a big internet defacement. Tapi yang penting, lepas dah sedar kesilapan pihak terbabit telah delete video tersebut. Tapi para pemilik internet-internet2 yang kejam ni telah reupload balik video tersebut. Aishhh~ 








Ada lagi gambar dan mesej-mesej sampai kat aku di twitter, facebook dan email. Yang penting tu bukan aku. Terlalu cantik dia untuk dibandingkan dengan aku yang selebet 😆



Mar 25, 2013

Bootcamp UITM Internal MSC Business Plan 2013

Salam Readers.


Sabtu dan Ahad kelmarin aku terlibat dengan satu bengkel dimana kami dilatih untuk membuat Business Proposal. Dan Alhamdullilah tepat pukul 430PM tadi "bootcamp" kami tamat. 

Sabtu 23rd March 2013
Malam Friday tu, I cant SLEEP! I dont know why, mungkin excited dan takut terlambat kot. Because group aku bersama-sama beberapa kumpulan lain gerak sama, so takut la because of me we are late. But then, malam Jumaat tu tak tahu la, Insomania sikit, mata takleh nak pejam-pejam, sampaikan terpaksa la den pi amek selipar jamban letak kat mata den ni , (tertipu pulak) Haha. 

But then esok harinya muka cam itik pergi bengkel tu. Ohmai~ 
Pastu pulak hari Sabtu tu habis lambat, because of first day tu banyak tekankan teknologi part, and that is my part. So fokus tu lebih la sikit, Tambah-tambah fokus lagi bila depan aku tu ada "semek" mana entah gedik rasa nak bagi pelempang beberapa kali. Tapi atas dasar sikap kesabaran aku yang melampau, aku hanya mampu gelakkan sahaja perlakuan beliau yang "Geletis" gitew. 

Satu hari dalam hari sabtu tu I was so hard perah otak yang lembab tak lembab sangat ni. So narrow and detail business plan punya. Waaa~~ I was like oh~ He is soooooo... 
Wan Wan Emoticons 33

Tapi he taught me a lot of critism punya ethics. And as for me, "to be critic is to be better". I love the way he critic kaw-kaw my business plan. Im NOT about to cry but HAPPY la. hehe. 

Malam Sabtu tu pulak, I tak tido sebab siapkan mobile apps punya kerja, 4 o'oclock macam tu baru setel dan dapat jua meletakkan kepala yang berat ini ke bantal. Huhu. 

Ahad 24th arch 2013
Pagi tu I was rushed untuk kejar masa sebab by 830PM we have to meet each other at Petronas Federal. Then by 845PM kami gerak bersama-sama ke Cyberjaya. Check in Foursquare dulu, ewahhh~ pastu makan dan makan dan makan. Dahla pagi tu dah mamam KFC seketul berger telor, then sampai MDEC boleh makan lagi dan lagi. Its HEAVEN ana, Its FOODD~~~~~

Then , hari ahad ni memang hari mengantuk sedunia. Aku dah hilang mood untuk berbengkel sebab?
Dia banyak cerita pasal financial daaa~
Aku bab-bab gini memang out of the way babai la. Pekena seminit dua dekat surau dulu la jawabnya. Wahahahaha, XD

Habis pukul 430PM and that was a last workshop day. Alhamdullilah. We drove back to Shah Alam and I met my family dekat DATC sebab mereka pergi ke program Selangkah ke FSKM tu. 

Then after balik tu, my face was sooooooo teribble maa~
Rasa macam lemah gila dah, siap-siap dan terus ke katil untuk memulakan perjalanan ke alam mimpi. Heh Heh Heh. Doa jangan lupe bro. Hikhik. :P





So, gambar pulak ada dengan kawan, nanti kalau dah dapat gambar aku update entry ni, I got tons and tons of friends lagi dan lagi. Yeay! Sukaaa maa~ Mereka semua baik ! :))

Thank Allah for give me a loving person around me. 
Hehe. 
Ok so, nak start study. *sambil amek kain putih ikat kepala

Salam.



Mar 15, 2013

UITM Internal MSC Business Plan Competition 2013


Salam, first of all minggu ni memang sangat busy, of course dengan kerja-kerja den, fyp den lagi, study den lagi. Ouhhh~ Sakit betul hidup dalam pengajian semester terakhir ni weh~ 

Dua hari lepas telah berlangsung MIMBP MSC competition dimana den sendiri menjadi presenter untuk group TalentXpress, gambar kat bawah ni kami bersama-sama dengan Encik Ir Aziz, Founder and CEO of salah satu company entreprenur kat Malaysia. Of course den dan rakan-rakan kena interbiu oleh beliau. Alhamdullilah, dalam keadaan terketar-ketar macam ni, semua pun cuak, sebab tukar tajuk pun last minute semua, dan kami berjaya mendapat tempat pertama kot!! Yeay!!! One of the tambi's satu group dengan den. Tapi sedih tak cukup corummmmmm sorang lagi tambi takdeee~ wuuwuwuuwu.

But anyways, sort of happiest moment, syukur  dipanjatkan atas Illahi atas anugerah ini buat kami. All of the hardwords repaid and pada akhir bulan 5 ini insyaallah business plan ini akan dipanjangkan lagi ke peringkat seterusnya. Doakan kami ya ibu ayah, ibu ayah yang lagi satu dan kawan-kawan. Ngeeee

UITM Internal MSC Business Plan Competition 2013


Mar 10, 2013

Birthday Gift From Abang & Kakak Ipar

Salam,
First of all million trillion zillion thanks to Abang Long and Kak Long den yang mengingati tarikh Hari Jadi den beberapa bulan yang lepas. Hari jadi untuk yang ke XX. Hehe. Terharuuuuu dan sangat supriseeee


Alhamdullilah rezeki dapat sebotol minyak wangi dari avon. Terharu sebab abang sendiri yang pilih. Hehe. Kak Long cerita abang den pilih lama woooo untuk minyak wangi ni. Awww! So sweet. Ehe. 


 Yang bawah ni ialah gambar den masa kat Majlis Perhimpunan Fakulti tempoh hari kat Dewan Agung Tunku Canselor. Seriusly I love this planner. Siapa lagi yang buat kalau bukan...................... EEMIR!!! Mantan presiden SMF 12/13. Dia ni noty sikit. Ada jelah dia nak buat. But somehow this PLANNER is sooooo nice EEMIR. I really like it. Fakulti lain jeles kot bila den tunjuk kat derang. Siap puji lagi SMF 12/13 yang terkenal dengan penguinnya itu. So, apa lagi hidung ni tak leh la duk diam tang depa puji tu. Asyik nak kembang kuncup kembang jek la. Hahaha.


Anyways, thanks brother and my sister in law for the CD's and PERFUME present. Takda orang pun sambut besday kita masa tu. Ada orang tu nak sambut tapi tak jadi sebab hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Hmphhhhhhhhhhhh~ Geram den!


kbai.

Mar 6, 2013

My UiTM Best Buddy

Baru je jumpa,
Tapi BOLEH sekepala,


Bila gaduh je,
Kau orang bukan nak pujuk aku ke,

Tapi.....
Panggil aku TAMBI



Dalam OFIS dengar mulut sape
Kalau bukan MULUT korang,



Elok la tu, sorang LEMBU
Sorang lagi ? (cuakk nak tulis :bb)
Mereka panggil kita BRO,
Tapi mereka tidak tahu, 
KITA ni SWEET,
KITA ni HATI LEMBUT



Suka Duka Sedih Nangis Masa Dalam SMF
Left and Right Emoticons 3
Masih terbayang lagi. 
Aktiviti-aktiviti dengan diorang semua masih
tak habis RASA dia. 

Kutuk depan-depan
Kau ingat aku ape?
Tapi kenapa korang kalau kutuk
Aku tak kisah LANGSUNG?
Korang pakai ubat GUNA-GUNA ek? 
:pp

Walau apa-apa pun,
Yang penting kita kan 
BUDDIESSSSSSSSSS!!!

3
2
1

Buddies in ACTION


Hehe. Gedik Forever la korang GEDIK ;)

Mar 4, 2013

Mesyuarat Agung Tahunan Ahli Senator

syahira, dr ifa, aliyah, me and mia marsya.

Macam ala-ala bro's kan? Hekhek, dah buat cover photo ok gambar ni. Ouhh LIKE A BOSS! HAHA

Selepas habis mesyuarat agung SMF kelmarin, kami terus beralih pula ke mesyuarat yang lain. Mesyuarat Ahli Senat untuk kali terakhir di Tutti Fruiti Seksyen 7, Shah Alam. Ada sedikit perbincangan terakhir dan kupasan-kupasan mengenai isu-isu yang tidak berapa nak semasa. Alhamdullilah rezeki, thanks Dr Ifa. Mula-mula, takpe la Dr, takpe takyah bayarkan. Tapi pastu.... Hikhik. 



Sebabkan kami bertiga ni pemalu orangnya, kami pun beli yang Large punya tapi kongsi tiga. Haha, nampak kan kebaikkan kami disitu. Makan sambil berdiskusi tentang penambahbaikkan untuk fakulti. Selamat berkerja dengan SMF 13/14 ya Dr. Wuaaaaaaaaaaaaaaaa~ Tak snaggup nak lepaskan Dr ke tangan orang lain huhuhu. 

Lepas dari meeting Senat ni, kami bertiga yakni ana, aliyah dan syira bergegas ke The Mines. Ke Pesta buku, Serigala Besar Jahat!

Dasyat gila lah pesta buku ni, harga serendah RM3 weh. Ana duk rembat Encylopedia la, sebab saja at least kat rumah tu ada la buku-buku Encylopedia kan. Bajet je beli tapi baca entah bilo~ Hhuhu. Punyalah nak borong buku katekan, sampaikan ada yang sanggup pikul beg roda yang tarik tu, berkotak-kotak buku lagi. Perghhh, ini memang nak buat koleksi ni. Dah la kan, orang-orang kat situ jadi macam kena PUKAU, sebabnya semua orang yang mai pesta buku tu dah tak tengok depan kalau berjalan, semuanya menyenget je ke tepi, almaklumlah nak ushar buku-buku, kot ada yang tertarik. Ok, saya sedang bercakap dengan cermin , sebab den pun sama semalam. Ada la beberapa orang melanggar sesama sendiri semalam. Den duk tengokkkk je dari jauh. Tapi kan, nak akhir-akhir ni, buku-buku kat situ dah macam tak best pun. Macam dah banyak yang takda. Sebab tu ana lebih prefer beli encylopedia. Ada gambar, ada binatang-binatang. Ouhh I loikeee~ :PP

Orang dalam tu jadi macam ni lah , arghhhh buku yang mana ni!!! mana ni!!! Seriusly RAMBANG MATA WEH~~-->

Then , pukul 10.30PM macam tu, sempat makan dengan mereka dekat Nice Restoran berdekatan jugak dengan rumah ana. Sampai pukul 11PM pastu, kami peluk cium then aliyah sent me back home. And that's was our last meeting :(

Sampai rumah je, tiba-tiba ternampak katil. Nampak enak je kalau badan menyembah ke arahnya. Ana cuba rebahkan diri kat katil.Dan entah bila terlelap. Hehe. Ok guys thanks for reading.

 Assalamualaikum ;)




Mesyuarat Agung Tahunan SMF 12/13

Assalamualaikum, tok tok tok. Ehem. Semalam merupakan hari terakhir kami Seketariat Mahasiswa Fakulti Sains Komputer dan Matematik 2012/2013 meletakkan jawatan secara rasmi di hadapan adik-adik comel (takde la adik sangat). Seramai 28 orang ahli sekretariat fakulti yang baru dilantik. Memang betul-betul genap setahun kami jadi SMF tauu~ Tiada add-ons masa gitu~ Awwww

Ni la saat-saat terakhir sebelum mesyuarat dimulakan. Alhamdullilah berjalan dengan lancar. Time ni duduk pulak sebelah si Syimir, Exco Tugas Khas jugak, asyik duk kacau aku je budak ni. Sikit-sikit suruh ana puji gambar dia. Choi!!! Lempang lelaju karang. 


Saat sebak di hati bermula, apabila kami semua SMF 12/13 bangun untuk melepaskan jawatan kami, berat dan seronok sebab berjaya menghabiskan segala-galanya dengan dapat pulangan lagi, iatu kawan-kawan yang sanggup bersusah payah bersama, kena marah sama-sama, kalau mereka ni kutuk-kutuk ana pun , ana tahu mereka bergurau (walaupun agak kasar gurauan mereka), tapi inilah kawan yang ana cari, perangai sejibik macam my besfren masa sekolah dulu, Farra (tapi dah kawen wuwuwu). So, masa time SMF nilah kita tahu dimana kawan kita dimana lawan kita. Wan Wan Emoticons 12

Selepas tamat kami melepaskan jawatan SMF 12/13, kami semua berdiri dalam bulatan separuh dihadapan Prof Madya Dr Nordin Abu Bakar , TD Akademik , Dr Sharifalillah, Penyelaras HEA, serta 3 orang Penasihat SMF yang dikasihi, En Jamal, Miss Aishah, dan Puan Masrina untuk TUNDUK HORMAT. Tak lupa juga bekas timbalan dekan yang selalu sangat mengambil berat perihal kami Dr Mazani Manaf.

Semoga kenangan pahit manis kita bersama akan abadi selamanya. I hope, our relationship WONT ever LAST ok! ;)

  

Bye semua shob shob shob~~~~. 

Salam.
This entry was posted in

Feb 27, 2013

Team Building : SMF 2013/2014 @ Pangkor Kem Rimba Resort

Alhamdullilah beberapa hari yang lepas kami SMF 2012/2013 yang bakal meletakkan jawatan ni dah buat satu team building untuk adik-adik SMF akan datang ni. Tapi tak bestnya sebab den jadi urusetia~ Nak join jugak. Tapi takpa still rasa kehangatan yang membara adik-adik baru ni nak jadi SMF. Hehe. Fasilitator pun kemain lagi, comel-comel belakoo~ :P

the teamates


So moh den cerita sikit, antara aktiviti menarik dalam team building kali ni ialah :



1) Modul
Yang berkaitan dengan semangat kekitaan dan kerjasama, Mereka semua dibahagikan group mengikut haiwan yang ditaggingkan dibelakang tag nama mereka. Dibahagikan kepada 4 kumpulan (merah, hijau, kuning dan biru). Selain itu mereka juga diarahkan untuk membuat bendera sendiri sebagai identiti kumpulan mereka. Banyak lagi la aktiviti-aktiviti menarik dalam modul ni. Pulau Kasih Sayang, tepuk-tepuk la. Emmm~~~~ Bestnya~~~




2) NightWalk
Dalam nightwalk ni mereka pula diarahkan untuk memilih ketua dan mereka semua ditutup mata mereka, kami urusetia bersama fasilitator pula, mengarahkan mereka mengikut sahaja kemana kami tarik mereka. Sampai saja di hutan kecil di tepi pantai, kami menyuruh mereka memegang tali yang diikat dari pokok ke pokok. Disitu tertonjollah sifat-sifat kepimpinan mereka. Menarik kan???

3) Flag
Ni dibuat masa malam pertama. Habis mereka semua kena brainwash habis la. Yela biasa la kan, ada yang rasa diri dah tua so mula la berlagak sikit. Tapi malam ni salah seorang penasihat den menangis, den takleh tengok penasihat den nangis, den pun ttbe je nak ngalir ayor matee~ Huhu. Sedih ah mengenangkan satu tahun bersama SMF pastu dah habis macam tu je. :((



4) War Game
Time ni den tertido kat atas kerusi. Hehe. Den tak tengok korang semua main tembak-tembak mase malam tu. Hehe. Im soooryyy~~ (gaya Amir RL)

5) Water Confident
Time ni pulak, kami semua main air kat teluk. Bersih jugak air dia dari depan pantai kami duduk tu. Kat sini kami diarahkan buat bulatan lelaki dan perempuan (ok fine, urusetia pun menyibuk! Wahaha). Masyaallah tenangnya dapat terapung~ Udara segar. Langit yang biru. Indah sungguh kan ciptaan Allah SWT ni? Kenapa masih kita tidak bersyukur? :)

6) Debat
Masa ni mereka berdebat, dan antara tajuknya macam, power rangers lagi hebat dari ultraman. Haha, lawak kan? tapi bermotid dan berobjektif hokeyy~ ;)

Tidak ketinggalan Acoi, lead mereka untuk program kerohanian. Alhamdullilah, rasanya cukup lengkap team building ni, takda sedikit tertinggal pun. Kalau ada pun mungkin terlepas pandang. Selepas tiga hari, akhirnya tiba masa kami berangkat pulang. Singgah di jeti lumut untuk bershopping sikit. Dan akhirnya pukul 2PM kami bergerak ke Shah Alam. Alhamdullilah kami selamat tiba pada pukul 7PM.

the craziess~


Si dia tu ada pulak kat shah alam, nak berbekam katenya, den pun bagi la hadiah/souvenir yang den beli tu. Dan he said ,"chantekkkkkkkkkkkkk la awak, mekasehhhh". Pastu den sengih cam kambing. BUeks!

Ok, cerita tamat. Selamat menelan luahan entrykuh~ Night.

Jan 23, 2013

My 23rd Birthday (20/01/2013)

Salam readers.

Tanggal beberapa hari yang lepas, genaplah umur saya yang ke-23, emmmm besar dah anak pakcik saad ni kan. hehe. Tarikh keramat ini jugak saya habis final examination untuk semester yang ke-5, tinggal lagi satu semester sahaja untuk saya tamatkan bidang sarjana muda ni. Insyaallah.

So, kita flashback dari 19/01/2013, I went to my cousin's wedding which is located in Shah Alam. Then, after that, my parent sent me back to the college, yalah kan, esok harinya ada exam lagi kot. :((




It sooooo exciting because I never eat there. So, my precious moments was spent here. Thank you for the birthday treat. Shedapppp makan sini, tapi quite muak kalau makan banyak-banyak. After that kami terus pulang ke Shah Alam bagi meneruskan perjuangan yang ada. We have to finish what we already started. Grrr mencinyaaaaaa~

Ok habis cerita pasal 19/01/2013. Sambung story pasal hari masa my birthday pulak. Petang tu I got an examination, last paper IT Project Management. As usual, I came early in the morning to Bilik Gerakan Mahasiswa , a secretariat office. Tengok jam dah pukul 12tgh hari. Ok its time untuk makan tengah hari la, then sesampainya di cafe FSKM, ouhhhhh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk! cafe tutup! Lupa pulak hari tu hari AHAD. Tang mana la pulak cafe nak buka, and the best thing perut den dah berkocak-kocak ni. Kelaparan.

Ermmmmm What to do???? 

Babai~