Jul 25, 2013

Muara Ikan Bakar @ Tanjung Harapan, Port Klang

Assalamualaikum rakan-rakan dan taulan. So untuk entry kali ini, kita nak tengok dan jelajah sikit kedai makan dekat kawasan Port Klang. Terdengar je Port Klang, huh kompen berabukk punya ah kedai makan situ, dah dikatakan kawasan perindustrian, dengan lori hantu banyak, tapi laaaa rupanya kedai makan ni  lain pada lain. Sebab? Haaaa restoran ni dekat sangat dengan pantai. Nama pantai sesungguhnya tidaklah dikenali. Nama tempat ni Medan Muara Ikan Bakar Tanjung Harapan. Memang betul2 terletak dekat Tanjung la. Hehe.


Ok, sebenarnya majlis makan-makan ni takdelah besar mane, biasa la ade orang belanje kite. Hehe. Akak ipaq dengan abg long kite belanje dua-dua belah family untuk makan-makan ni. First time menjejakkan kaki disini, first sekali, aku nampak sunset, best pulak tu muka aku memang betul-betul la menghadap cahaya matahari nak terbenam. Fuh! Cantik seh! Romantika Ramadan gitu XD

Keluarga Akak Ipar

Aku pergi kat sini untuk berbuka, menu dia pulak berasaskan makanan laut, banyak la ada udang, ketam, ikan memang fresh-fresh. Pergi pulak hari minggu, Sabtu. RAMAIIII LA WEH!!! Nasib baik Abg Long gan Kak Long aku dah reservekan tempat. Kalau tak memang naya. Kemudahan kat sini ada surau, agak selesa, dan aku berikan 3 bintang untuk tempat solat dia. Toilet ok, semua ok. Kerusi meja memang banyak. Kalau calculation aku tak silap kedai ni boleh menampung seramai lebih 100 - 150 orang.



Waktu berbuka diumumkan dan aku pun start mamam, perghhhh sedappp gila tau udang masak sos dia. WOW! Mungkin juga mereka guna air rebusan udang untuk sos dia ni. Ikan apa la ntah aku tak tahu, ada sayur kankung belacan, desert (buah-buahan), Air Tembikai, pekena lak dengan sos cicah ikan. Perghhh terboek ah~ Lapar lak ttbe (T___T).

Abaikan penampakkan entity bernama farhana disitu, kabur plak T.T

Lepas makan dan solat dan berborak, kami pun pulang. Dan memang ketidaksukaan aku pada kawsan Port Klang menjadi-jadi bila kereta ayah aku breakdown. Bateri ttbe habis. Aik? Pelik. Berhantu sungguh kawasan ini. keke. Tuptaptuptap, terdampar kat kawasan ni sampai la pukul 1130PM jugak. Aduh letih sungguh. padahal menunggu kereta siap je pun. Hehe. (tapi den pernah rasa lebih letih dari ni). Balik , mandi , solat terus seru bantal tido! Phew~ Lega~

Penampakkan entiti bertudung di bulan Ramadan. Muke orang belanje :P

So, kawan-kawan, kalau andaikata korang nak bawak keluarga makan ke, awek ke, tunang ke, isteri ke nak makan ikan, udang seafood fresh-fresh, datang lah sini. Servis pun terboek! Pelayan dia akan iyakan je apa kau kata. Pantas servis dia. Good one~ Makanan sini memang sedap! So ape lagi, booking ah cepat!! =P

Aku nak bagi : 
A Happy StarA Happy Star

This entry was posted in

Jul 22, 2013

The Best Leader Eemir Syhafiq



Assalamualaikum guys!

Haihai, first of all hari ni aku nak memperkenalkan salah satu ketua senator geng bas sekolah aku, dia dah kembali berblogging kembali. Yeay! Sebabkan hari ni dia baru launch blog baru dia so aku pun nak bercerita sikit pasal dia lepas-lepas ni jangan risau, ramai lagi yang akan aku bercerita kekeke. u'olls boleh tekan link kat bawah kalau nak direct pi blog dia yak. Eemir juga merupakan salah seorang pelajar dari Ijazah Sarjana Muda Matematik UiTM Shah Alam. Umur Eemir gan kite ni same ok! So u'olls tak tau kan umur I? Hahahhaa  :))

[580602_10201087749896707_1434841553_n.jpg]
Eemir Syhafiq 

So hari ni aku nak review sikit Mr. Eemir ni, eceh macam review product pulak kan hehe. Actually aku baru kenal Eemir ni hampir setahun jugak. First time nampak Eemir masa meeting Seketariat Mahasiswa Fakulti. Aku terlantik secara al paksa oleh Mr Afiq Rusdi (Presiden Kelab Teknologi Maklumat) masa tu. Biasa la kalau dah terpaksa, benda yang menganggu cuti, memang aku bengkak je la hati ni. So, muka pun jadi macam ayam, lembekk je datang meeting kat Theatrate 1 masa tu. Meeting selama 3 ke 4 hari tu pun berlangsung dengan boringnya, almaklumlah memang gua tak kenal sorang pun masa tu.

Masa ni Eemir jadi ketua, suka la jugak dengan cara Eemir ni,  tapi sebabkan selepas dari meeting tu dia pergi Beijing, dia pun terus hilang dari ingatan aku. BTW, memang masa selection tu aku tak vote kau sebab aku sendiri tak kenal sangat mana satu Eemir Syhafiq. Kahkahkah. =P

Selepas lama-lama tu, aku makin lama makin rapat la gan mamat ni (masa tu dia dah ditabal presiden SMF, nak bodek la kan hehe). Ada juga a few rakan SMF yang sangat rapat, sehinggakan dipanggil secara rasminya ahli "SENATOR". Kat sini takda ketua, takde setiausaha, takde bendahari, semua jadi KETUA untuk ahli SENATOR. Dan banyak event yang dah dianjurkan oleh SENATOR ni untuk ahli ahli senator, kalau yang baru-baru ni derang buat IFTAR and SAHUR dengan mereka. (aku takda).

Aku sebenarnya agak terkejut dengan Eemir ni, sebab dia ni terlampau minat muzik! Apa-apa jenis show kalau ada idola dia Siti Nur Haliza tu, konpem la ade muka dia, tak pun Shila Amzah. Perghhh~ Susah la nak jumpa orang lelaki minat muzik lembut-lembut ni kan. Tapi dia ni minat. Weirdo~~

Dari segi kepimpinan, Eemir ni hebat, pernah memenangi beberapa anugerah masa Majlis Apresiasi FSKM tempoh hari. Strategik dan cara layanan yang sama rata kepada semua orang (pendapat aku). Tapi paling penting, pandai menghargai kerja seseorang. Nak cakap banyak pasal Eemir pun tak guna sebab, He is so kind to anyone especially those yang dia rasa senang berkawan. Sekarang ni dia dah balik Ipoh , sedih ar :(
Tapi Insyaallah, kita akan berjumpa masa perkahwinan adik Aini nanti k 15/8/2013 nanti ;))

Then, lepas ni ada lagi ahli-ahli senator lain yang akan aku describekan. Habislahh~~~ Nak cakap benda baik ke benda jahat? hehehe. OK. Till then.

He is a big fan of Siti Nur Haliza Ya! 😂

Salam.



Jul 17, 2013

End of Chapter Six (BSc Information Technology)

Assalamualaikum~

Alhamdullilah, syukur ke hadrat Illahi. Dapat lagi menulis dalam blog yang terchenta. Hihi. Oookk~ First sekali rasa lapang sangat sangat bila semalam dah lepas satu lagi penat Final Year Project.

Say heyyyyyyyyyyy~ Say hooooooooo~ wahaha bayangkan jela aku tengah jerit sorang-sorang sebab terlampau excited dengan tamatnya Ijazah aku. Insya Allah, u guys, yang sedang baca ni doa-doakan saya ye. Ngeeeeeeeee~


Ok, lepas ni tunggu nak buat finalize untuk documentation then hard bind insyaAllah lepas tu tunggu result exam 3 Ogos 2013 nanti, before raya tu, arghhhh chuaks! Semester ni memang berbagai jenis keringat yang keluar dari tubuh ini sebab nak sedaya upaya menamatkan degree kat UiTM ni. Subjek memang sah-sah theory je la kan. Programming pun eleeee ala kadar jek pun~ Tapi dua tahun ni mencabar keimanan dan perasaan betul la (T__T)

Semester ni memang tough, sebab tambah lagi dengan freelance project yang aku amek lagi, client call-call sampai sakit kepala, stress of course, dan berbagai lagi dugaan sehinggakan satu masa tu aku tak tahan aku berlari-lari anak di keliling kolej mawar aku sambil tersedu-sedu. #eh ni serius. Actually i am expecting my result to be good enough. Lepas ni nak rehat, nak teruskan buat apa yang aku suka dan FOKUS pada hari "tu". Hihi, malu nak cakap XP

Akhir kata, nak ucap selamat menyambut ramadhan al mubarak bagi sesiapa yang sedang menyinggah membaca mahupun mengodek blog ini, kalau cari resepi, sorry dik wrong address, kalau cari model, sorry naa takde tayangan model di sini, kalau cari budak serabut, yaaa! Kau di jalan yang benar, di sinilah tempat budak serabut hehe. Semoga ramadan kali ini memberi 1001 makna buat kita semua, insyaallah semoga kita dapat melakukan ibadah dengan tenang dan dikurniakan pahala yang melimpah ruah. 


Banyak-banyakkan beramal kawan-kawan. Bye <3