Nov 2, 2014

Mak To Be



Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal kemengandungan akulah. Sebab rasanya dah ramai kot dah tahu yang aku dah memboyot. Walaupun tak dinyatakan secara jelas. Untuk hari ini, tanggal 1 November 2014 aku nak umumkan pada semua bloggers-bloggers fames ke tak fames ke, yang comel, yang cantik, yang hensem mahupun yang segak. Yap! Aku dah pun MENGANDUNG! hahahaha. Awkward doh nak cite pasal benda alah ni, tapi apekan daya aku harus menulis untuk memeriahkan kembali blog tercinta ini.

Alhamdullilah tanggal 5 hari raya tahun ni aku dah di sahkan mengandung Sebenarnya dah syak dah pun preggy masa bulan puasa, almaklumlah red light tak muncul tiba. Tapi aku wat derk je sebab aku rase gangguan hormon lagipun busy kerja.

Jadinya dua tiga hari sebelum hari raya, aku terdetik hati nak check UPT. Aku tak merancang pun

Sebelum tahu diri mengandung
Dalam dua tiga minggu di bulan pose, aku memang rasa tak sedap badan. Lemah longlai macam ntah ar, tak pernah lah rasa macam tu, badan pulak selalu naik. Tekak dah mula rasa tak kena. Aku dah suspek nak demam. Tapi ku gagahkan diri juga untuk terus monangkah arus pekerjaan ecewahh. Rase mual tu biasa la, lepas tu paling ketara sekali red light tak mai. Aku ni pulak jenis normal cycle. Aku guna testkit biasa je. Sebab aku rasa kalau dah mengandung tu tak yah kot nak beli memahal. Jimat skekk.. Hhahaha.

UPT pertama

UPT kedua

Masa ni aku cam tak percaya. Instinct gua dah rasa gua preggy sebab dua kali test memang terang walaupun henpon kamre murah still leh nampak maksudnye sah la tu kan.

Selepas tahu diri mengandung
Lepas je tahu diri ni dah preggy, mulalah aku sibuk mencari vitamin-vitamin yang diperlukan untuk baby dan ibu. Sebelum preggy aku ada amalkan satu jenis SOLE dari Qaseh. Kenapa aku pilih Sole nih? Satunya ialah sebab ni adalah garam bukit. Lepas tu zat dan vitamin yang tak cukup dalam seharian kita ni dilengkapkan dengan SOLE. Titiskan dalam air minuman, Selawat dan zikir, insyaallah sihat sejahtera sepanjang hari.

                                                
Tapi lepas aku pregnant aku berhenti minum sebab aku takut terlebih vitamin pulak. Aku lebihkan pada nasihat doktor, tak berani nak makan sebarangan kecuali ade kebenaran doktor.  Satu je, aku minum susu. Susu Kambing. Susu penting ye puan-puan untuk kandungan. Kalau tak minum dua kali at least minum sekali. Ubat doktor pulak aku makan jugak. Pagi-pagi selalu aku amek roti dua keping (bubuh marjerin), air susu kambing, dengan ubat-ubatan. Folic Acid vely the important selama tempoh ni semester pertama.


Alahan pulak aku tak berapa nak ada sangat kecuali kecuali kecuali kalau aku MISS makan! Aku kena makan pagi, tengah hari pastu malam. Perut tu kalau boleh jangan kosong. Dalam beg kena ada beskut. Tiap kali lapar aku kena jamah beskut dengan air milo untuk menyedapkan tekak yang tak berapa nak sedap ni. Selalu orang makan asam kan, tapi aku dengar katenye asam tak elok so aku tak makan sangat kecuali kalau teringin benau. Buah-buahan yang biasa aku makan, mangga, tomato cherris, anggur, kurma (jarang hahaha). 


Lain orang lain alahannya. Ada tu sampai takleh bau tanakan nasi, bau syampu la dan sebagainya. Alhamdullilah aku kurang la sikit. Doakan aku dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan kemengandungan ni. Insyaallah.

Akhir kate, aku kasi SPAM sikit gambar-gambar buncit aku untuk tatapan rakyat jelate. 

16 weeks - Haz - Alamanda Putrajaya


Ber-lapan (tiga yang tengah sedang memboyot)


Oryte, so long and gudnite. Lu orang doakan aku weh! Ok, bye. 


Assalamualaikum.