Oct 16, 2015

Senarai Barang Keperluan Sebelum Bersalin






Hi mommies, new mommies and new mommies to be.

Terdetik pulak rasa nak update pasal perihal barang bersalin ni, sebab dekat timeline Facebook minggu penuh yang teramat dengan kehadiran baby-baby baru. Alhamdullilah tahniah kawan-kawan. Selamat datang ke alam parenthood gitu, dalam bahasa kasarnya selamat berjaga malam. Hakhakhak. Takpa mula-mula memang akan korang rasa Ya Allahhhh berikanlahhhh kekuatan tapi nanti bila baby dah besar korang rindu babak-babak berjaga malam tu. Hihihi




Harini aku nak buat update berkenaan barang yang diperlukan semasa dalam giliran proses nak bersalin. Ada bermacam jenis dugaan bagi ibu-ibu mengandung untuk melahirkan seorang khalifah di muka bumi ni, ada yang overdue, ada yang awal sangat (premature baby), ada yang tepat pada masa ada yang peringkat pertengahan hampir overdue (37 weeks and above), sebabkan aku pun ada pengalaman beranak si nuha ni. aku nak list sikit keperluan barang yang sewajar-wajar wajar wajarnya ko bawak. Jangan jadi macam aku, ikut sangat cakap orang itu ini itu ini, bermacam khazanah dunia aku bawak pi hospital. Apa yang aku nak list ni aku utamakan orang yang plan nak beranak swasta sebab aku tak tahu struktur bersalin di hospital kerajaan macam mana, tapi ada kata orang sekarang bersalin kerajaan setaraf dengan swasta tau!



1) Baju lengan panjang - 3 helai, in case katil hospital ada kosong, dia akan suruh kau tunggu kat wad sampai bersalin paling busuk pun akan kena induce kalau dah ade bukaan. Spare je ni sebab kat spital ko pakai baju hospital pun. Hekhekhek

2) Kain batik - 1 helai, keperluan untuk keluar dari hospital


3) Kain bengkung - Kalau boleh korang beli yang macam pelekat tu, bengkung moden. Takyah jenuh nak ikat-ikat kat hospital. PENTING! Macam aku tak selesa kalau mengeleber-geleber perut.

4) Selipar - Selipar yang disediakan hospital hanya untuk dalam wad je, dia macam nipis (hospital lain tak tau), so aku rasa better bawak selipar sendiri sebab lagi selesa.

5) Minyak Telon - Minyak Telon baby ni kena bawak sebab in case ko kena duduk wad, so badan-badan kau lepas beranak ni lenguh tau, jadinya sediakan minyak telon untuk diri sendiri.

6) Tudung Sarung - Takde masa la kau nak, nak lilit-lilit tudung, bawak je tudung sarung. Sonang.

7) Stokin - Bawak 2 helai sebab lepas beranak tak boleh kena sejuk.

8) Bedung bayi - 1 helai, sebab nanti lepas dah keluar hospital dorang tak de nak bagi kain bedung dorang punya laaaa.


9) Baju newborn ,stokin - Aku sarankan ko bawak baju yang macam gambar kat atas untuk newborn, ala bawak je sehelai (kalau nak spare bawak 2 helai). Aku suka kalau baju macam ni warna putih. Suci! Untuk kegunaan keluar dari hospital.


10) Maternity Pad - Ini untuk ibu-ibu ya, bawak dalam 8 keping sebab korang kena tukar selalu, darah selalunya akan banyak, aku tiap 2 jam tukar. Kalau pad hospital dia bertali. Ada yang kurang selesa, kalau korang selesa pakai bertali takda hal korang boleh call nurse untuk mintak pad lagi kat derang. Aku suggest di awal lepas bersalin pilihlah Madame Maternity Pad sebab sangat selesa dan tebal.


11) Pampers Bayi - Bawak dalam 3 keping jela, sebab hospital provide dah pun, bawak sekadar untuk syarat. Heh heh heh.

12) Makanan aku pack kurma, kismis, air selusuh (tapi aku tak minum). Air bacaan Yasin aku suami isteri dan roti manis

13) DONT FORGET YOUR CHARGER!!!! hahahaha Orang selalu lupa ni. Sebab HP mesti kong sebab lepas bersalin gigih nak amek gambar anak di pelbagai sudut. Heh heh heh

14) Tuala mandi - takut sesetengah hospital tak prepare tuala untuk korang mandi.

15) Barang mandian dan kemasan diri - Sabun mandi, macam aku kat Az Zahrah ada di provide semua. Syampu tak payah sebab orang kata lepas bersalin jangan mandi kena kepala air, emmm lebih kurang la. Sikat, bedak kompak, lipstik (awww farhana bawak occay!), pengikat rambut.

Rasanya takda la kot tertinggal lagi. Hehehe. Kalau ada korang komen nanti aku update. Ehe. So kepada yang nk beranak tu selamat ya, semoga dipermudahkn segala urusan dan tepat pada waktunya. Selamat menempuhi alam ibu bapak. Ok awwww sebelum tu nak share hari pertama lepas aku bersalin dulu. Arghhh misssss it so much, esok nuha dah genap 7 bulan dahhh huhuhu  >.<


Alhamdullilah Allah permudahkan urusan bersalin malam sakit esok pagi dah selamat bersalin, 


Nuha - 1 day old



Sincerely,
Forever Young Mummy



0 comments:

Post a Comment