Jun 23, 2014

Pakar Urut Tulang Kampung Ungku Mohsin

Assalamualaikum.

Ya Allah berzaman jugak tak update blog. Agak entry apa yang bakal tercetus pulak? erm erm erm..

Untuk hari ni aku nak story sikit kisah eksiden aku aka patah-patahan di jalan raya. Kiranya aku nak share gan korang macam mana aku berubat dalam masa dua bulan aku MC tuh. Nanti kot-kot ada yang patah-patah tu boleh lah pergi tempat ni..Hek.


Berbalik chegite patah tulang. Aku disahkan doktor telah patah tulang clavicle semasa hari kejadian. Aku tercampak dalam 100 meter jugak jauh dari laki aku. Laki aku pulak alhamdullilah cuma luka kecil di tangan dan kaki. Sebenarnya masa mula-mula tu macam tak berapa nak redha aku patah tulang sebenarnya sebab before ni tak pernah lagi eksiden seteruk ni. Dan untuk pengetahuan korang tulang aku telah retak secara commited. Macam ni.,

Kalau sesiapa member-member aku yang doktor wannabe tu tahula kan maknenya. Gambar atas tu macam bentuk patah tulang aku gak, tapi sebab aku takut kot kot kalau aku upload gambar xray aku kang kira bukak aib tulang aku pulak so tepek jela gambar googs ni.

Masa mula mula aku eksiden aku takleh gerak tulang aku sebab joint lengan aku pun dah lari. Teringat balik, gile betul aku ni, extrem pulak rase. Hahah. Aku jalani rawatan kat Hospital Kajang.




Masuk bab tempat aku berubat pulak. Aku berubat dekat Kampung Mohsin. Pakar Urut Tulang Temulang dan Tengkorak kau. Awal pagi lagi dah bertenggek kat cina ni sebab kalau korang amek nombor pukul 6 pagi, no giliran korang dah ke 70. So agaknya korang kena datang pukul berapa untuk dapatkan no terawal? Ramai sangat orang yang patah tulang dan sakit sendi datang urut kat sini. Dari segenap celah negeri dalam Malaysia. Sabah Serawak pun ramai jugak. Ada yang patah sampai kaki dia dah takde tulang, ada yang tulang pinggul bengkok. Just imagine, aku tetap kena rasa bersyukur sebab aku tak seteruk tu. Alhamdullilah.

Sampai je giliran aku, aku dah cuak Aku takut la kan. Nak menitik gak air mate keayuan aku ni. Cina tu tarik tangan kiri aku kebelakang, lepas tu die tolak masuk dalam landasan tulang yang terkeluar tu. Pastu tengok ehhhh dah tak sakit. hehehehe. Kejap je dan tak sakit punnn. Boooooo~~ poyo jek. Cina tu bubuh macam ubat dia. Kate orang tulang ular mati berangan la. Ada arak la. Tapi sebabkan aku ni desperate nak baik aku tawakal je la, pakai sampai la die suruh bukak. Bukan tak nak pergi yang melayu la kan, kalau melayu pun pakai JIN suruh urut baik tak payah. Dah macam khurapat pulak.


Ok Bai bloggererssss!!


Semoga bulan Sya'aban ini membawa 1001 keberkatan dalam diri kita. Selamat semua. :))

*updated on 021114

Sebabkan reference untuk pakar urut tulang ni terlampau tinggi, aku ada update alamat dan gambar ni kat google. 


 

Tips : 
  1. Make sure datang awal, sebab nombor akan mula diberi pada pukul 8 pagi (kecuali Ahad - tutup) dan kenapa datang awal sebabnya ramai orang dah beratur seawal pagi nak berebut nombor. 
  2. Parking susah sikit sebab dia buat kat kawasan perumahan.
  3. Kalau patah clavicle, make sure pakai baju yang senang nak buka, untuk perempuan, cube pakai dress kemban tu senang dia nak balut, untuk lelaki pakai baju kemeja, senang nak buka dan balut takde la sakit nak angkat tangan sebab balutan die mmg ketat dan mantop.