May 25, 2013

SMF : Syauqi! Cepat Sembuh Ya!

Salam,

Semalam aku dikejutkan dengan berita kemalangan salah seorang rakan Seketariat Mahasiswa Fakulti (SMF) bagi sesi 2013/2014. Ya Allah betapa terkejutnya aku dengan berita tu. Seimbas lalu aku teringat kemalangan jiwa yang melibatkan rakan aku di hadapan mata aku sendiri semasa aku di sekolah menengah dulu. Dan hari ni keluar pula surat khabar metro. Emm~ Aku bertambah sedih bila baca dan tak dapat membendung lagi perasaan ni, tapi aku selalu je buat tak nak ambil tau, cuma aku mahu tahu kau sembuh sahaja. Aku takut Aku trauma. Aku fobia.


Ya Allah yang maha pengasih lagi penyayang, kami memohon kesembuhan Syauqi Amri ya Allah. Dikhabarkan Syauqi Amri , 21 cedera parah dan sdah pun menjalani pembedahan di dada semalam. Tetapi dikatakan pendarahannya masih belum berhenti. Syauqi kuat naa~ Tahan tau Qi. Kami tahu sakit.  :((

Syauqi~
Ingat tak masa mula-mula kita semua pergi Pulau Pangkor tu?



Seronokkan? Kat situ kali pertama kita jumpa. Lepak-lepak borak-borak dah macam kawan lama. Takda gap antara SMF baru mahupun LAMA. Kau berani untuk sahut penerimaan sebagai penghulu masa tu. Serius kami semua respek kau masa tu.



Yang paling penting sekarang, kami semua nak kau sembuh tau Syauqi, kita gelak-gelak macam dulu lagi. Dah lama dah tak jumpa hang sejak Karnival Sukan tempoh hari. Semoga cepat sembuh Syauqi!

kredit gambar : Ammerul Hamzah

**Arwah Syauqi pergi beberapa hari selepas aku update cerita ni. Semoga roh hang dicucuri rahmat Syauqi