Oct 16, 2015

Senarai Barang Keperluan Sebelum Bersalin






Hi mommies, new mommies and new mommies to be.

Terdetik pulak rasa nak update pasal perihal barang bersalin ni, sebab dekat timeline Facebook minggu penuh yang teramat dengan kehadiran baby-baby baru. Alhamdullilah tahniah kawan-kawan. Selamat datang ke alam parenthood gitu, dalam bahasa kasarnya selamat berjaga malam. Hakhakhak. Takpa mula-mula memang akan korang rasa Ya Allahhhh berikanlahhhh kekuatan tapi nanti bila baby dah besar korang rindu babak-babak berjaga malam tu. Hihihi




Harini aku nak buat update berkenaan barang yang diperlukan semasa dalam giliran proses nak bersalin. Ada bermacam jenis dugaan bagi ibu-ibu mengandung untuk melahirkan seorang khalifah di muka bumi ni, ada yang overdue, ada yang awal sangat (premature baby), ada yang tepat pada masa ada yang peringkat pertengahan hampir overdue (37 weeks and above), sebabkan aku pun ada pengalaman beranak si nuha ni. aku nak list sikit keperluan barang yang sewajar-wajar wajar wajarnya ko bawak. Jangan jadi macam aku, ikut sangat cakap orang itu ini itu ini, bermacam khazanah dunia aku bawak pi hospital. Apa yang aku nak list ni aku utamakan orang yang plan nak beranak swasta sebab aku tak tahu struktur bersalin di hospital kerajaan macam mana, tapi ada kata orang sekarang bersalin kerajaan setaraf dengan swasta tau!



1) Baju lengan panjang - 3 helai, in case katil hospital ada kosong, dia akan suruh kau tunggu kat wad sampai bersalin paling busuk pun akan kena induce kalau dah ade bukaan. Spare je ni sebab kat spital ko pakai baju hospital pun. Hekhekhek

2) Kain batik - 1 helai, keperluan untuk keluar dari hospital


3) Kain bengkung - Kalau boleh korang beli yang macam pelekat tu, bengkung moden. Takyah jenuh nak ikat-ikat kat hospital. PENTING! Macam aku tak selesa kalau mengeleber-geleber perut.

4) Selipar - Selipar yang disediakan hospital hanya untuk dalam wad je, dia macam nipis (hospital lain tak tau), so aku rasa better bawak selipar sendiri sebab lagi selesa.

5) Minyak Telon - Minyak Telon baby ni kena bawak sebab in case ko kena duduk wad, so badan-badan kau lepas beranak ni lenguh tau, jadinya sediakan minyak telon untuk diri sendiri.

6) Tudung Sarung - Takde masa la kau nak, nak lilit-lilit tudung, bawak je tudung sarung. Sonang.

7) Stokin - Bawak 2 helai sebab lepas beranak tak boleh kena sejuk.

8) Bedung bayi - 1 helai, sebab nanti lepas dah keluar hospital dorang tak de nak bagi kain bedung dorang punya laaaa.


9) Baju newborn ,stokin - Aku sarankan ko bawak baju yang macam gambar kat atas untuk newborn, ala bawak je sehelai (kalau nak spare bawak 2 helai). Aku suka kalau baju macam ni warna putih. Suci! Untuk kegunaan keluar dari hospital.


10) Maternity Pad - Ini untuk ibu-ibu ya, bawak dalam 8 keping sebab korang kena tukar selalu, darah selalunya akan banyak, aku tiap 2 jam tukar. Kalau pad hospital dia bertali. Ada yang kurang selesa, kalau korang selesa pakai bertali takda hal korang boleh call nurse untuk mintak pad lagi kat derang. Aku suggest di awal lepas bersalin pilihlah Madame Maternity Pad sebab sangat selesa dan tebal.


11) Pampers Bayi - Bawak dalam 3 keping jela, sebab hospital provide dah pun, bawak sekadar untuk syarat. Heh heh heh.

12) Makanan aku pack kurma, kismis, air selusuh (tapi aku tak minum). Air bacaan Yasin aku suami isteri dan roti manis

13) DONT FORGET YOUR CHARGER!!!! hahahaha Orang selalu lupa ni. Sebab HP mesti kong sebab lepas bersalin gigih nak amek gambar anak di pelbagai sudut. Heh heh heh

14) Tuala mandi - takut sesetengah hospital tak prepare tuala untuk korang mandi.

15) Barang mandian dan kemasan diri - Sabun mandi, macam aku kat Az Zahrah ada di provide semua. Syampu tak payah sebab orang kata lepas bersalin jangan mandi kena kepala air, emmm lebih kurang la. Sikat, bedak kompak, lipstik (awww farhana bawak occay!), pengikat rambut.

Rasanya takda la kot tertinggal lagi. Hehehe. Kalau ada korang komen nanti aku update. Ehe. So kepada yang nk beranak tu selamat ya, semoga dipermudahkn segala urusan dan tepat pada waktunya. Selamat menempuhi alam ibu bapak. Ok awwww sebelum tu nak share hari pertama lepas aku bersalin dulu. Arghhh misssss it so much, esok nuha dah genap 7 bulan dahhh huhuhu  >.<


Alhamdullilah Allah permudahkan urusan bersalin malam sakit esok pagi dah selamat bersalin, 


Nuha - 1 day old



Sincerely,
Forever Young Mummy



Sep 29, 2015

Experimen Susu Formula Untuk Nuha

Assalamualaikum,


Seriusly, it has been a long time since my last update. My last update is about an actress whom getting famous day by day acting at Akasia Slot in Tv3. So as for today, there will be much more input about my parenting project. hehe. Lil princess is now six months old and jyeahhhh she already ate her solid food! Recently, she will act like bluer bluer with her mouth I were eating. Ok seriusly it is so cute and adorable. So happy with her growth by fact that I miss the moment I delivered her. Huhuhu.


As a mom wants the best for you of course. I goggled for the best formula milk and I decided to give her. Anmum is one of the best FM used by most private hospital in Malaysia. The price is also reasonable. This is her first formula milk ever and alhamdullilah she not an hypoallergenic Baby (H.A) so I can experiment on her time to time, hahahaha




As usual, I gave her the formula milk once in a day. The rest hours I gave her my breastmilk. She did not refuse the milk, at first she made up some annoying face, but then she kept drinking it. So I assumed that she likes it. few weeks later she started to bluekk the milk. and yeah I realised the milk is quite wamble. Then againnnn, I used my experience in googgling to get to know other FM that suitable for her. 


Found one!

Lactogen. The price is quite cheap compare to other FM. Nuha didnt refuse Lactogen, but I found somehow she seems addicted to it. Nuha always wants to play dont even care about her sleep time. She jumps and jumps you know like a hyperactive baby. My sixth sense instinct said, "change change change". Arghhhh. I decided to change to another FM product. Finally, I bought S26 Infant for 6m - 12m. 




Some people arguing about the Halal Status. Because the halal states is from Singapura. After some research and a few calls that I made so it is Halal. I do not doubt to it because I heard the Halal Singapura is much more tight than in Malaysia (opsi!) :b Nuha loves it so much! My mum said I drank this milk since I was a little girl. :)


Btw, any formulated milk in this world can't compare to breast milk of course. I keep giving Nuha EBM, pump it at work. Wake up early every morning to marmet. I call it as a mommy sacrify. Hehehe.


Sincerely,
Young Mum.
2015




Jul 14, 2015

My Breastfeeding Journ

Lilypie Breastfeeding tickers


Olla geng. Alhamdullilah masuk hari ke 28 kita berpuasa. Ya Allah, puasa tahun ni memang satu cabaran besar sebab aku menyusukan anak, . Semoga dipermudahkan dan disempurnakan penyusuan ni. Sebelum Nuha lahir aku dah tekad dalam diri untuk aku susukan dia sehingga umur 2 tahun setengah. Yaa things will be easy kalau gua duduk rumah, suke suki boleh sumbat bila-bila, but not for working mom. Aku kena marmet untuk dapatkan stok.

Sebelum bulan puasa aku dah try untuk get ready stock yang banyak, tapi sebabkan Nuha ni banyak minum susu of course because she's 4 month old now! Dia tersangatlah banyak minum. Jadi stok susu habis, but I try my best and  deal dengan my mom untuk jangan bagi susu formula because  aku try cuba sedaya upaya dalam bulan puasa ni untuk terus pam.

But things is not going as planned,  hari ni aku pam-pam marmet still dapat 3oz je. Before this susu memang meriah, sekali pam aku dapat 12 ke 13 oz, tiga minggu puasa aritu masih boleh dapat 8oz sekali pam tapi sekarang. Aku terlampau kecewa sebab arini tak dapat stok jadi aku sanggup amek EL semata-mata untuk menyusukan anak aku secara exclusive , DF:(

Sedih! Lebih kecewa bila orang kata kita tak cukup susu anak menangis. Well kalau tak cukup susu I wonder kenapa dia berak banyak? :(

Bila aku search kat blog mommies-mommies rupanya salah satu sebab mungkin berada dalam keadaan stress, kemungkinan besar stress kat tempat kerja gua kot. Yalah, gua punya sistem ade yang nak due, so gua kena kejar time, because time is gold, gold is expensive, eh tetibe.

Selama ni aku try untuk mengkosultansikan diri aku, aku join forum-forum, aku join group-group yang boleh memberikan gua ni semangat untuk meriahkan susu. Which is aku patut bersyukur ade sorang member dalam Breastfeeding Advocates Networks tu, setiap hari buat power pumping, dan nak hampir sebulan jugak dia hanya dapat 1 oz je, just imagine gua patut lebih bersyukur kan kan kan? :( Aku pulak tak amek booster alkisahnya sebab kepala otok tu ingat kerja, pastu dua tiga minggu awal haritu still leh buat stok so aku takdela terfikir nak beli booster pun. Takpela lepas raya booster come to mama. heh.

So dengan semangat yang ada pada hati gua yang kusut ni, jiwa yang berkobar, gua EL semata-mata gua nak susukan anak gua dengan titisan-titisan emas ecewahhh * ayat ko ana memang takboleh blah. So gua bercuti raya 7 hari kat kampung memang gua pulun abis marmet susu, insyaallah. Korang yang terbaca ni doakan la gua.


Kenapa aku nak sangat susukan anak?


☑ Berat aku dari 58KG, jadi 46KG sekarang.
☑ I just do not need to bring susu semakkan dalam beg gua, gua boleh duduk mane-mane dan selak         je.
☑ My baby is going well, tak pernah demam, jarang nak sakit-sakit, mase dia kuning dulu 7 hari je        dah reda because of breastmilk.
☑ Yes! I wont spend hundreds a month to buy formula milk. Dapat kurang beban suami.
☑ I give milk, I produce milk so my body akan terus operate dan merangsang bahagian-bahagian            wanita, melambatkan penuaan dan ofcourse susah untuk kena breast kanser or ovarian cancer.
☑ Develop my caliph IQ, she is so bijak even she can sebut 'ayah' , 'nak  gugu' (nak susu) since she's 2    and a half month!
☑ Of course, im a working mom, at least yes at least aku ade contact dengan baby sendiri dengan             breastfeed 

Thank You For Reading!
Kalau sudi klik link-link hangat kalau nak baca cerita best occay!

Jun 4, 2015

Realiti Kehidupan Selepas Beranak


Hailo semua~ <3


Alhamdullilah syukur nikmat, 

Apa yang berubah? Of course kehidupan aku, masa tidurku, letih tu jangan cakap la, tapi rasa ketidaksabaran nak tambah beby tu masih ade kahkahkah. Fyi, i dont kind yang love kids so much. Gua bukan jenis nampak budak kecik rasa nak cecubit ke. Ohh im not like that. But tu cite suatu ketika dahulu la sebelum ade anak kan. Masa tu bagi aku kids are so much more trouble treble, rumah aku dulu pulak mane penah aku jage adik adik aku. jaga tengok dari jauh la. takdela nak subit geram ke kan even kat adik sendiri pun, rockstar kan mane main gan budak kecik, kononnnyeeeeee~ Bhahaha. Occay back to the story i want to tell u. Vahhh omputehhh ko. Ar abaikan omputeh tu, ke perenggan seterusnya plak.

Masa dah lahir tu bukan lepas segala beban kau, tapi lepas je lahirkan beby esok harinya tu mak aku demam, korang bayangkan aku ni yang tak pernah mandikan budak kecik, aku terpaksa mandikan tanpa diajar oleh sesiapa, mak aku just tunjuk dari jauh jela caranya selebihnya banyak aku belajar dari youtube dan google. Bahagian jahit pun belum baik betul, aku dengan hasben lah yang mandikan pakaikan baju. Takuittttnyee sebab bayinya kecik amat halus je. Tambah dengan tali pusat dia lagi, takut sangat dia sakit. (Alhamdullilah doa, punya doa tali pusat dia tertanggal selepas empat hari dengan sendirinya).

          


Lepas tu bayi kena jaundis sikit, walaupun tak tinggi tapi takut kan. Aku follow up klinik. Alhamdullilah hari ke sepuluh dah hilang. Legaaa hati mak nakkk. hahaha. Ada anak bukan semudah yang disangka, and now i wonder macam mana mak ayah aku jaga 5 orang anak anak dia yang kecik kecik dulu. Dahla semua lelaki, aku sorang pompuan nakal aku tu pulak same macam empat orang adik lelaki. perghh perghhh. im glad to have u both mommy and deddy ku. Ur patience mendidik anak is worth, sekarang ni semua dah besar dan harap membanggakan kamu.

Gua bangun seawal 530am tu belum campur tolak waktu tidur yang nuha ni berjaga malam tau hihi, bangun pagi tu, gua terus marmet untuk stok susu nak bagi kat parents aku. sebab parents aku alhamdullilah willing to jaga si nuha ni. dan aku dah cuba untuk berjanji dengan diri sendiri bahawasanya nuha akan disusukan sehingga umur 2 tahun insyaallah. Marmet susu amek masa dalam setengah jam, lepas tu aku siap mandi, solat then aku gosok baju kerja dan aku jerang air untuk mandikan nuha.

Bila dah pukul 645am but sometimes at 7am la aku mandikan nuha. Bila kejut si nuha ni amboihhh die punye ngeliat mengalahkan orang tua hhhha. Start bukak baju die je, mengekek suka nak mandi. Yes she really love to bermain air. Ko baru dua bulan lebih nak, kadang tu baldi pun nak disepaknya, kuat kaki ang kan nuha. Ade peluang masuk unibesiti and panjat tangga nak ke fakulti si nuha ni. kekeke.

Persediaan dari segi mental dan fizikal wajib ada bila nak ada anak.

Assalamualaikum

May 26, 2015

Emoticon Babi Dalam Group WhatsApp

Assalamualaikum,

Hello penduduk bumi yang Islam mahupun tak Islam, masih belajar Islam mahupun yang kurang ajar dengan Islam. Sorry la tak update, sebenarnya banyak benda nak update, bertimbun kat draft nun, tapi sebab kita dah wasiatkan laptop kita kat adik bonsu kite, sebab tu kita jarang update dah. Lagipun update pakai HP tak best ar macam vunguksss je, Keypad kecik sangat.



icon tersebut boleh mengecikkan hati rakan-rakan anda. Huhu


Kan??
Rasa bersalah gile aku. Sebab icon babi tu ade kat current emoticon tu yang tertekan tu. Adoyaiii. Malu wehhh malu. Ini kat kawan, kalau ko tengah mesej dengan bos kau ttbe ko terbagi icon tu acanerrrr?????? Mungkin esok hari tu, atas meja ko dah kosong. hahahhaha

Sebagai seorang melayu yang tak boleh berpisah dengan perkataan babi, saya disini menegaskan bahawa sila kurangkan penggunaan icon tersebut untuk kebaikkan masa depan bersama. Hahahhaha.

Gambar ni sangat dengan perangai orang yang suka cari masalah dengan orang lain. Hahahah.
Ok lah nak cau, hari nak ujan, nak balik keje. 

Bai olls.

Mar 25, 2015

I Am Now A Mother 17/03/2015

Assalamualaikum.

Semalam Nuha dah masuk 7 hari dan pukul 9:59am tadi maka genaplah anak gua seminggu dalam dunia yang penuh pancaroba ni. Alhamdullilah sihat hendaknya, emaknye ni ha je terkejut kena jaga malam bagai. Takpe demi Nuha. Vah! Tu diaaaa sifat keibuaan di dah mai. Hahha. Sebabkan bosan berpantang dan anak pulak siang hari dia bantai marathon tido, aku pun nak ceghite la sikit pengalaman first time mom ni. Acaner lak boleh ttbe beranaks bagai ye. Hihi. :b

Alkisah......

15 Mac 2015
Aku pi tengok hot air balloon kat putrajaya petang tu. Well time mengandung lebih-lebih nak terberanak semua benda nak mesti dapat punye hehe. Aku bawak sekali adik lelaki aku yang last sekali. Tu diaaaaaa sesakk! Punya la ramai nak tengok belon tergantung tu, so terpaksalah parking kete jauh nun kat masjid putrajaya tu. Belon tu kat depan kpdnkk punya bangunan. Bayangkan aku berjalan. Kaki badang katekan. Hahaha. Aku takde hal sebab memang kaki berjalan punya orang pun. Aku jalan la slow-slow ala-ala penguin baru lepas kena sunat. *Haah memang aku pernah tengok penguin kena sunat pun. Ahaks. Sampai je kat kawasan karnival tu belon dah nak kempis. Jadinya kami decide tuk tunggu sampai malam, Dan sesambil nak ke masjid untuk maghrib tu kitaorang jalan dekat tempat booth-booth jualan tu. Beli la makanan sikit-sikit untuk isi perut.

Belon yang dah kempis
Youngest brother aku.

Malam tu lepas makan kat kawasan hot air karnival tu dapatlah kami tengok glow in the dark and fireworks! Jadilaaaa.....




Malam tu aku balik rumah dalam pukul 11 pm jugak. Letih yang hamat wehhh. Aku solat isyak pastu aku teruih tido. Laki aku pun lat 2,3 round main bola kat PS die pun tido gak awal malam tu. 

16 Mac 2015
Dalam pukul 3am lebih camtuh aku rasa nak tersyi-syi dengan beberi. Sakit perut tapi still gagah lagi tahan sakit memulas tu ala macam sakit nak berak la takde la nak expect ape-ape. Bila nak masuk je balik tido atas katil, aku rasa ada something keluar. Aku cabut 2,3 helai tisu aku lap dengan harapan ni mesti darah ni. Dan....  Sememangnya betui tekaan aku. Darah aku dah discharge!!! Yang aku nantikan selama ni. Yippie. Bestnyeeee dah nak terberanak wehhh. Happy ar mase tu sebab memang aku selalu doa, supaya antara tanda nak bersalin aku biarlah ade darah sebelum ketuban pecah. 

Beg beby dah ade dalam kete dah. Tapi lepas aku habis mandi tu aku rasa pergi spital pagi nanti pukul 9am jela, letih la wehhh~

Aku tak nak la gabra sangat sebab darah je baru discaj, bukannya air ketuban pun. Aku terus gi Hospital Islam Az Zahrah pagi tu pukul 9am which where aku booking nak beranak kat situ. For the first time aku kena CTG, 

CTG tu check contraction dan jantung baby.

Alhamdullilah masa ni jantung baby occay dan stabil, contraction pun sikit dan jarang-jarang. Untuk kali pertama aku di "cabul" kaum sendiri , Hahaha, Seluk menyeluk tu tu tu, aku ingat sakit la sangat macam blogger lain cite, emmm pada aku takdela sangat, bolelaaaa~ Sakitnya sikit je. So jangan takut ye bakal-bakal ibu. Masa ni baru 1cm bukak. Wau! Alhamdullilah, aku syak esok mesti aku terberanak ni.  Dr Fazlina, gynae aku suruh balik dulu, nanti kalau contraction dah datang kerap sangat baru datang balik. So occay! aku singgah lu mumsdreams kat belakang Hospital Az Zahrah tu dulu pastu gi Kajang Plaza lak jenjalan. Kasi bukakkkk kita kasi bukakkkk laluannn ituuuu~~ Hehehe. Lepas tu bantai pergi tesco cheras pulak. 


Balik tu lepas Zohor baru sampai rumah, aku bantai tido sampai petang tu. Letih sangat time tu tak tau nape, apa pun takleh buat. Malam tu dalam pukul 8pm lebih aku nak makan roti je, tak lalu nak makan nasi. Lepas tu main PS jap lawan one piece. Boring jugak main sebab asyik menang je hahahah,

Nasib sempat amek gambar untuk jadi bahan tulisan kat blog Kekeke

Dan aku rasa perut aku macam something, rasa macam sengugut yang sudah 9 bulan tidak bertandang kat rahim. Tengah-tengah main tu, aku rasa macam makin kerap pulak sakit tu datang. Aku stop main PS, pastu aku terus amek baju-baju yang masih belum berlipat, aku lipat sampai habis. Insyaallah aku yakin Allah bantu dan beri petunjuk kat aku. 

17 Mac 2015
Hampir 4 jam aku rasa sakit sengugut, start dari pukul 9pm semalam tu 10minit sekali datang,  pukul 1pagi hari ni, aku rasa makin dekat interval dia. Jadi aku ke spital sebab aku dah tak berapa nak tahan sakit dia. Dalam pukul 2am kami sampai ke spital dan terus masuk bilik CTG. Seluk menyeluk berlaku dan aku sangat berpuas hati bila bidan kata dah 4cm dan lebih laluan pintu rahim. Wow!! Syukur sangat, dan berbaloi kena seluk (-_-)...

Dalam pukul 4am pagi tu pulak aku rasa macam ada air kat atas katil. Aku syak memang air ketuban dah leaking lah ni, sebab memang aku takde rasa nak syi-syi pun. Aku suruh husband aku panggil bidan. Seluk lagi -_-

Bukaan dah hampir nak ke 5cm. Brrrrr.. Berbaloiii betui kena seluk time tu, sebab macam ade pertambahan laluan bukaan, kalau tak kecewa gak hehe. 

Alhamdullilah lepas habis je solat subuh pukul 645am time tu, tak sempat nak capai Quran, nurse dah suruh masuk labor room. Arghhhhh tatutnyeeee kitewwww~ Huhuhuhu. Derang masukkan air, which is nama dia IOLS, untuk cepatkan bukaan, 

Dalam LR

Nurse semua cakap, maybe aku duduk dalam LR ni paling kurang 6 jam sebab anak pertama, ok. Aku pun redha lah. Dan derang ni duk pomot-pomot amek bius la epidural la. Kononnya aku taknak, aku nak rasa ape yang mak aku rasa. Aku nak beranak normal jugak! Keras ati gitew. 

Dan dan, bila masa tu contraction kuat sangat-sangat, aku dah tak tahan macam sebelum ni. Meronta-ronta aku menahan sakit time tu, mai pulak gynae aku Dr Fazlina tu, dia seluk lagi, Mak kauuuuu! Sakit sebab selukan tu time contraction, seyes. Berpeluh aku tahan. Masa tu baru 5cm nak ke 6cm. Dan Dr suruh aku ngiring ke kiri. Aku follow, je, husband aku kat sebelah dah macam sayu tengok aku tahan sakit. Last sekali, nurse tu pomot amek epidural, lama gak pikir, aku cakap aku amek la epidural tu. Ermmmm.. 

"Dr yang buat epidural tu dalam perjalanan sabar ye dik".

Pukul 930am tu aku dah takleh tunggu dah ubat epidural tu, aku jerit.

"Perghhh kak bagi saya berak dulu kak, saya nak terberak sangat niiiiiiiiii". Aku pegang-pegang belakang aku. Sebab memang nak rase terberak. Bila aku jerit gitu, akak tu mai kat aku, dia pi selukkkkk pulakkkkk dahhhh~~~ Apo laieee mengigil aku sakit.

"Nurse, panggil DR Faz, Dia dah bukak 9cm dah ni!!!"

Masa tu semua kelam kelibut la ape laie, sebab ketua jururawat tu dah ajar aku meneran, nurse semua kelam kabut duk angkat handle, bukak CTG aku semua. Ketua Nurse tu suruh aku meneran, and ajar, aku ape laie memang dah rase nak terberak, aku teran sedaya mungkin. Hahaha. Lega beb lega~

Ketua nurse tu blah sebab nak check air yang masuk dalam badan aku. Contraction datang lagi tu aku sempat kaut tangan ketua nurse yang tengah sibuk dengan air tu and tanya dengan suara yang sungguh sayuu~~~~, 

"Kak~~~~,  Saya~~ nak teran lagi boleh tak?"

"Eh boleh-boleh, awak teran je bila contraction datang"

Terus dia lari nak tengok kat bawah aku tu, tengok baby dah crowning. Nampak la rambut lebat Nuha iolss tu, Datang nurse reramai nak tengok aksi aku meneran kot. Bagi sokongan, awak boleh awak boleh, teran lagi teran lagi. Semangat pulak gua rase nak teran bila nurse jadi pasukan sorak kat situ. Macam perlawanan bola daaa -____-


Dr Fazlina pun datang, Dia suruh aku teran lagi, kepala baby pun keluar. Dia suruh aku rehat jap, pastu tarik nafas, then bila contraction datang dia suruh aku teran, Aku pun terannnnnnnnnnnnnn!!!! Sekali, dan sekuat hati akuuuuuuu......

Splashhhhhh!!!! 

"Uwekkkkkk~ Uwekkkkkkkkk~", Nuha nangis. 

Aku dengar ade seorang nurse tergelak, kate yang DR yang nak bius epidural aku tu baru sampai. Wahahaha aku tak sempat amek ape-ape bius pun. Bius ape takde, gas pun takde, epidural ape tah lagi. 

Dalam hati aku cakap, "Bagusssss! Jimat duit kitaorang". Hihihi
Dalam LR nurse semua duk puji, cakap aku senang beranak. Ouhhh kembang jap. Hehehe.

Derang letak baby atas badan aku, aku blur tak tau nak pegang camne, aku tak sangke. Sesambil aku tengok baby tengah dimandikan. Aku tak habis ucap syukur dalam hati. Aku dah lahirkan seorang puteri yang sempurna rupa parasnya, Alhamdullilah syukur ya Allah ya Rabb. Sesungguhnya segala yang kau buat adalah terbaik untuk hambaMU. Syukur sangat, Lepas di azan dan di iqamatkan, Baby duk kat nurseri. Aku kena duk ward. Aduh tak jumpa baby la plak. Aku ingat macam drama kat TV tu lahir-lahir je dia duduk kan baby sebelah kita. Cehhhh penifu la drama nih Aishhh. Satu hari gak tunggu baby esoknya baru dapat choi!

Kad Ucapan Congrats from them


Dan baru aku perasan yang anak aku Nuha ni mempunyai nombor ganjil pada identitinya.
Lahir            : 17 Mac 2015
Masa            : 9,59am

Habis cerita. Thank You Dr Fazlina Hanum dan semua nurse bantu saya dalam LR. 


Bye....





Mar 22, 2015

Jan 28, 2015

Pregnancy : Set Berpantang Dan Supplement

Olla!! Assalamualaikum. Alhamdullilah dapat jugak tulis blog lagi ye ko ana. Curi masa sat waktu opis neh ja jemah weh. Hari ni aku nak share sikit pasal set berpantang dengan supplement ape yang aku makan time ngandung nih. Korang kan nengok aku aktif semacam je. Dah bak masuk 8 bulan pun masih boleh terkinja-kinja macam orang tak gandung ==". Takpe nnt aku free aku bagitau la camne.

So oleh kerana tak lama dah aku nak beranak, sebab dah 30weeks++ ni kena berjaga-jaga which is kena siapkan packing baju baby dan aku tuk disimpan dalam kete. Untuk set berpantang aku ambik set air mancur. Turun temurun punya set ni. Ramai yang sarankan untuk ambik set ni. Kononnya nak cari yang jejamu gitu, tapi mase aku nak beli bendalah ni aku ditegur oleh seseorang wanita yang berniqab,

"adik amek set ni, makan yang pil dik nnt yang jamu adik tak tertelan nnt. bagus ni akak pun makan."
"ohh yeke kak. ok sekarang gak saya bayo"

Gitu la ceghiternyee......

Set ni kena makan lepas 4 atau 5 hari bersalin. Kenapa? Sebab mommi2 yang breastfeed kena la jaga air susu dulu nak bagi anak minum yang fresh lepas beghanak sok. Lagipun takut2 baby terkena jaundis.



Dah pakej sekali semua, pilis, minyak telon dan sebagainya. Complete. Harga pun tak mahal. RM65. Aku beli kat kawasan Hulu Langat je sebab malas nak cari tempat lain which is aku tau tempat lain mesti lagi murah kan T_T.

Untuk batu tungku pulak aku pakai jenis batu sungai. Ni pun warisan turun temurun punya nih sebab dikatakan batu sungai lagi bagus sebab die punya tahap kepanasan cepat. Macam skang ade yang pakai tungku besi la ape la. Tak kesah la kot asalkan ko tu bertungku. Bengkung pulak aku pilih jenama Bonda. Jenis dua tali. Ada dua jenis bengkung, satu tali dengan dua tali. Kalau korang beli satu tali korang boleh pakai malam je, sebab susah nak bukak kalau nak ke toilet ke. So aku rase baik aku beli jenis due tali, so senang lah untuk aku terberi ke, terkuchil ke.

Supplement Sepanjang Mengandung
Ok macam supplement mengandung ni pulak aku tak amek benda lain selain ubat dari klinik kerajaan. Ade due je jenis ubat dari klinik kerajaan. Makan ikut masa insyaallah selamat.




Macam ubat merah tu, KK gantikan dengab ubat obimin which is dulu warna pink. Skang obimin dah takde, derang bagi Zincofer. Berganda lebih baik dari obimin. Ubat yang coklat tu lah yang gua paling payah nak telan. Tu ubat iron. Untuk kepekatan darah. Pernah aku skip makan, HB aku mendadak turun. Oh kecewaaanyaaaa bila kat buku merah gua tu ade tulisan merah. Rase mcm dah gagal weh. Haha.

Lepas dah masuk 8 bulan nih.  Aku ambil supplement untuk kuatkan brain anak-anak sejak dalam kandungan.

Benda ni doktor kata bagus, tapi tak boleh amek diawal kehamilan sebab takut baby hyperaktif nanti. Doktor jugak sarankan untuk makan ubat ni lepas 8bulan dan keatas. Selain tu aku minum susu kambing. Dulu aku try ibu susu kambing perisa asli. Tapi skanh aku dah dapat susu lagi best dari dulu.

Susu kambing ni bagus sangat tuk susu ibu. Macam milkbooster la kirenya. Insyaallah mungkin aku akan stick dengan jenama nih. Ahaks.

So tu jelah kot nak cite, takyah la pepanjang. Ok olls. Nanti lepas ni gua update lagi, topik tak pasti sebab aku suka update ikut suke ati aku je. okbai!

Jan 16, 2015

My First Chicken Pop

Awwww Aawww, For the first time aku kena cikenpop. Aku punya la selalu nak mengelak dari kena penyakit nih. Takut parut kate orang hahaha. Tapi akhirnya, tanggal 28/11/2014, masa tu aku mengandung 6 bulan, boleh lak kene kan? Ouhhh dugaan dugaan.

Punca Jangkit

Tak menangis kauuuuuu tengok bintik-bintik kat badan. Kekeke. Perit tak perit tapi lagi perit tengok muke, berkudap kudis wehhhh. Cuak aku tengok muka aku dah macam alien planet utarid . Aku syak aku terkena dek seorang minah ex ofismate aku, dah tau sakit datang kerja pulak. Cila*** betui. Pastu aku punya la tak pernah bercakap dengan minah tu, dan dan masa dia tengah sakit dia datang jumpa aku untuk suruh pass kan kertas kerja dekat bos aku time tu. Aku kan pekerja yang berdedikasi, so bila dia bercakap tu aku akan pandang la muka dia, dia siapkan lepas batukk pulak sedas dua kat muka gua, eh takde la kena muka, tapi dekat-dekat la maksud aku. Aku cuma syak dia demam or batuk or selsema biasa je. Masa tu takde lak nampak cecair bulat atas muka minah tu. So aku pikiaq positif je.


Yang atas tadi tu cerita sebelum 28/11/14 dimana aku dah disahkan kena cikenpop. Berminggu jugak ko tau baru nampak cikenpop tu, punye la dasyat antibodi aku nih ahahaa, patut la aku rasa macam kat perut aku gatal-gatal. Kat sini aku positif lagi, sebab almaklumlah kan tuan puan gua ni mengandung, gatal-gatal kat sekitar perut tu aku ingat nak tumbuh macam yang stretchmark. Dekat perut aku pun aku perasan macam ade due ketui macam jerawat badan. Aku biar jelah. 28/11/14 ni jugak aku hantar resignation letter dekat company tu

Dia suruh aku hantar notice 2 minggu tu untuk berhenti kerja. Tapi time ni aku dah dapat offer tempat lain pun, cumanya aku nak letak awal sikit sebab aku nak rehat kat rumah. Nak dijadikan cerita, malam 28/11/14 tu after balik kerja, aku pergi klinik. Sebab badan aku dah panas sangat kan. Then masa tu sekali lah nak scan tengok gender chegitenye. Masa  nak scan, nampak ade biji merah bulat dekat perut aku.

"apa ni?"
"entahlah jerawat kot"

Aku jawab camtuh sebab mane aku pernah kena penyakit ni, aku tak tau lah.

Esok lepas minum air kelapa. Dua hari merebak benda bulat-bulat tu, sampai kat muka aku. Oh noooo!  Perit cikenpop tu perit jugak, tapi lagi perit kalau bendalah tu tinggalkan parut! Aku menangis pun sebab takut ade scar. Tak pasal-pasal kang aku ghupe jack sparrow pulak.

Bawah ni gambar aku masa dah seminggu lepas kena. Alhamdullilah aku cek up kat klinik Az Zahrah masa tu, dia bagi aku calamine losyen.  Insyaallah semoga takdela apa-apa kat baby nih. 



Sedihkan kan kan?Alhamdullilah parut pun hampir pudar, tak sampai sebulan pun. aku gune lidah buaya je. Hihihi. Aku beli deBella Aloevera Gel. Tiap-tiap hari sapu. Pastu makan pun cam kena pantang sikit takut parut hitam legam. Syukran sekarnag semua dah back to normal. Dugaan ni gua akan ingat sampai bebila anakku. ewahhh.


OKlah tu je nak cite dalam ni. 

Kbai.