Jun 4, 2015

Realiti Kehidupan Selepas Beranak


Hailo semua~ <3


Alhamdullilah syukur nikmat, 

Apa yang berubah? Of course kehidupan aku, masa tidurku, letih tu jangan cakap la, tapi rasa ketidaksabaran nak tambah beby tu masih ade kahkahkah. Fyi, i dont kind yang love kids so much. Gua bukan jenis nampak budak kecik rasa nak cecubit ke. Ohh im not like that. But tu cite suatu ketika dahulu la sebelum ade anak kan. Masa tu bagi aku kids are so much more trouble treble, rumah aku dulu pulak mane penah aku jage adik adik aku. jaga tengok dari jauh la. takdela nak subit geram ke kan even kat adik sendiri pun, rockstar kan mane main gan budak kecik, kononnnyeeeeee~ Bhahaha. Occay back to the story i want to tell u. Vahhh omputehhh ko. Ar abaikan omputeh tu, ke perenggan seterusnya plak.

Masa dah lahir tu bukan lepas segala beban kau, tapi lepas je lahirkan beby esok harinya tu mak aku demam, korang bayangkan aku ni yang tak pernah mandikan budak kecik, aku terpaksa mandikan tanpa diajar oleh sesiapa, mak aku just tunjuk dari jauh jela caranya selebihnya banyak aku belajar dari youtube dan google. Bahagian jahit pun belum baik betul, aku dengan hasben lah yang mandikan pakaikan baju. Takuittttnyee sebab bayinya kecik amat halus je. Tambah dengan tali pusat dia lagi, takut sangat dia sakit. (Alhamdullilah doa, punya doa tali pusat dia tertanggal selepas empat hari dengan sendirinya).

          


Lepas tu bayi kena jaundis sikit, walaupun tak tinggi tapi takut kan. Aku follow up klinik. Alhamdullilah hari ke sepuluh dah hilang. Legaaa hati mak nakkk. hahaha. Ada anak bukan semudah yang disangka, and now i wonder macam mana mak ayah aku jaga 5 orang anak anak dia yang kecik kecik dulu. Dahla semua lelaki, aku sorang pompuan nakal aku tu pulak same macam empat orang adik lelaki. perghh perghhh. im glad to have u both mommy and deddy ku. Ur patience mendidik anak is worth, sekarang ni semua dah besar dan harap membanggakan kamu.

Gua bangun seawal 530am tu belum campur tolak waktu tidur yang nuha ni berjaga malam tau hihi, bangun pagi tu, gua terus marmet untuk stok susu nak bagi kat parents aku. sebab parents aku alhamdullilah willing to jaga si nuha ni. dan aku dah cuba untuk berjanji dengan diri sendiri bahawasanya nuha akan disusukan sehingga umur 2 tahun insyaallah. Marmet susu amek masa dalam setengah jam, lepas tu aku siap mandi, solat then aku gosok baju kerja dan aku jerang air untuk mandikan nuha.

Bila dah pukul 645am but sometimes at 7am la aku mandikan nuha. Bila kejut si nuha ni amboihhh die punye ngeliat mengalahkan orang tua hhhha. Start bukak baju die je, mengekek suka nak mandi. Yes she really love to bermain air. Ko baru dua bulan lebih nak, kadang tu baldi pun nak disepaknya, kuat kaki ang kan nuha. Ade peluang masuk unibesiti and panjat tangga nak ke fakulti si nuha ni. kekeke.

Persediaan dari segi mental dan fizikal wajib ada bila nak ada anak.

Assalamualaikum