Nov 2, 2014

Mak To Be



Assalamualaikum.

Hari ni aku nak cerita pasal kemengandungan akulah. Sebab rasanya dah ramai kot dah tahu yang aku dah memboyot. Walaupun tak dinyatakan secara jelas. Untuk hari ini, tanggal 1 November 2014 aku nak umumkan pada semua bloggers-bloggers fames ke tak fames ke, yang comel, yang cantik, yang hensem mahupun yang segak. Yap! Aku dah pun MENGANDUNG! hahahaha. Awkward doh nak cite pasal benda alah ni, tapi apekan daya aku harus menulis untuk memeriahkan kembali blog tercinta ini.

Alhamdullilah tanggal 5 hari raya tahun ni aku dah di sahkan mengandung Sebenarnya dah syak dah pun preggy masa bulan puasa, almaklumlah red light tak muncul tiba. Tapi aku wat derk je sebab aku rase gangguan hormon lagipun busy kerja.

Jadinya dua tiga hari sebelum hari raya, aku terdetik hati nak check UPT. Aku tak merancang pun

Sebelum tahu diri mengandung
Dalam dua tiga minggu di bulan pose, aku memang rasa tak sedap badan. Lemah longlai macam ntah ar, tak pernah lah rasa macam tu, badan pulak selalu naik. Tekak dah mula rasa tak kena. Aku dah suspek nak demam. Tapi ku gagahkan diri juga untuk terus monangkah arus pekerjaan ecewahh. Rase mual tu biasa la, lepas tu paling ketara sekali red light tak mai. Aku ni pulak jenis normal cycle. Aku guna testkit biasa je. Sebab aku rasa kalau dah mengandung tu tak yah kot nak beli memahal. Jimat skekk.. Hhahaha.

UPT pertama

UPT kedua

Masa ni aku cam tak percaya. Instinct gua dah rasa gua preggy sebab dua kali test memang terang walaupun henpon kamre murah still leh nampak maksudnye sah la tu kan.

Selepas tahu diri mengandung
Lepas je tahu diri ni dah preggy, mulalah aku sibuk mencari vitamin-vitamin yang diperlukan untuk baby dan ibu. Sebelum preggy aku ada amalkan satu jenis SOLE dari Qaseh. Kenapa aku pilih Sole nih? Satunya ialah sebab ni adalah garam bukit. Lepas tu zat dan vitamin yang tak cukup dalam seharian kita ni dilengkapkan dengan SOLE. Titiskan dalam air minuman, Selawat dan zikir, insyaallah sihat sejahtera sepanjang hari.

                                                
Tapi lepas aku pregnant aku berhenti minum sebab aku takut terlebih vitamin pulak. Aku lebihkan pada nasihat doktor, tak berani nak makan sebarangan kecuali ade kebenaran doktor.  Satu je, aku minum susu. Susu Kambing. Susu penting ye puan-puan untuk kandungan. Kalau tak minum dua kali at least minum sekali. Ubat doktor pulak aku makan jugak. Pagi-pagi selalu aku amek roti dua keping (bubuh marjerin), air susu kambing, dengan ubat-ubatan. Folic Acid vely the important selama tempoh ni semester pertama.


Alahan pulak aku tak berapa nak ada sangat kecuali kecuali kecuali kalau aku MISS makan! Aku kena makan pagi, tengah hari pastu malam. Perut tu kalau boleh jangan kosong. Dalam beg kena ada beskut. Tiap kali lapar aku kena jamah beskut dengan air milo untuk menyedapkan tekak yang tak berapa nak sedap ni. Selalu orang makan asam kan, tapi aku dengar katenye asam tak elok so aku tak makan sangat kecuali kalau teringin benau. Buah-buahan yang biasa aku makan, mangga, tomato cherris, anggur, kurma (jarang hahaha). 


Lain orang lain alahannya. Ada tu sampai takleh bau tanakan nasi, bau syampu la dan sebagainya. Alhamdullilah aku kurang la sikit. Doakan aku dipermudahkan segala urusan sepanjang perjalanan kemengandungan ni. Insyaallah.

Akhir kate, aku kasi SPAM sikit gambar-gambar buncit aku untuk tatapan rakyat jelate. 

16 weeks - Haz - Alamanda Putrajaya


Ber-lapan (tiga yang tengah sedang memboyot)


Oryte, so long and gudnite. Lu orang doakan aku weh! Ok, bye. 


Assalamualaikum.

Oct 9, 2014

Pengalaman Rumah Sewa Pertama

Assalamualaikum.
Ya Allah sesungguhnya aku rindu gile nak membebel dalam blog. Ni semua angkara tempat kerja baru aku yang terlampau membuatkan diri ini busy tahap godzilla episod 3 , seyes sampai aku takde mase untuk diri sendiri sebenarnya.


Kisah 1 : Guli Golek
Hari-hari pergi kerja nak bawak suap bekal. Aku cuba la bangun awal pepagi tuk masak. Pernah suatu hari, cam biasa la aku bangun dalam 530pagi, aku masak. Aku dengar ade bunyi guli or sejenis batu mungkin bergolek-golek dekat luar rumah aku.

"Aik? Anak sapo pulak terlepaih pepagi bute ni main guli?", positif kan? Haaaa.

Aku wat "derk" jela. Sebab aku rase benda tu normal mungkin orang tersepak guli bersepah ke, mak ayah nak antar anak pergi nursery sambil main guli ke. Dah dalam 2,3 bulan aku duduk  bunyi GULI GOLEK tu dah menjadi satu kebiasaan bagi aku sebab bagi aku itu semua budak-budak kecik main walaupun bunyi datang pukul 12 tgh malam. Still aku pikir positif bhai. Kalau hasben aku pulak, dengar je bunyi guli tu, die pi carik mano datang bunyi tu. Aku biar jek.

Sampailah satu ketika tu, terbaca kat facebook yang bunyi GULI GOLEK tu sebab wujudnya JIN. Ape jenis jin pun aku taktau main guli ni. Tapi percaya atau tak? Wallahualam. Sebab lagi aku tahu "benda" tu punye kerja lagi aku buat donno, walaupun kadang tu perut dah kecut dengar memalam walaupun bunyi tu bukan dalam rumah aku.


Kisah 2 : Tarik Perabot
 "Yang ni lagi aku pelik bin ajaib. Dah nak tgh malam jiran atas duk alih barang. Ape punya manusia daaa~ ". Tapi tu yang aku pikir sebelum aku tahu tu pun angkara JIN jugak. Jin jenis alih-alih perabot pulak. Sebelum dapat tahu, aku duk ngomel la dengan laki aku, asal la orang atas ni duk alih perabot. Satgi aku dengar bunyi macam pen jatuh la, syiling jatuh la. Aduyai annoying tau. Sampai satu hari tu, aku cakap dengan hasben aku,

"orang atas ni tak habis-habis alih barang. tgh malam lagi ligat dia alih, dia cari pasal ngan kita ke ape?"

"Atas ni mane ade orang, Dah pindah lah."


Kisah 3 : Tingkap
Tak pernah-pernah aku ni mempunyai rasa takut tahap JAVA. Aku ni dah tukar kerja, area dekat jugak dengan kawasan rumah. Pergi pun naik kete. Sebabkan tempat kerja baru aku ni nak ade system integration, aku terpaksa stay up sampai malam buta buat kerja dari rumah. Haishhhh. Sedeyyyh! Baru-baru ni aku buatlah kerja macam biasa kat ruang tamu. FYI. Rumah aku ade beranda yang ade pintu slide kaca tu la. Ruang tamu terletak dekat dengan beranda. So, tengah leka duk mencoding, hasben lak tido golek2 dah dia. Stay up sampai nak dekat 2 pagi camtu la. Bunyi-bunyi macam dua kisah kat atas tu memang dah hadam dalam perut. Takda nak takut sangat sebab bukan kena rumah aku pun.

HAHAHAHHAA. *berlagak.

Tiba satu ketika diwaktu aku sedang leka, mencari error. Pintu kaca bergoyang. Deng Deng Deng.
"Emmm kuatnya angin malam ni. Konpem esok hujan".

Seminit dua lepas tu, ada macam bunyi cakar-cakar sayup-sayup kat grill pintu slide tu.
"Haihhh burung-burung ni tak reti tidur ke, dah cakar2 grill tinggei taik kat situ?". positif lagi ni.
(kawasan rumah aku memang banyak burung, suke tinggal taik kat beranda)

Makin lame cakaran tu makin kuat macam dah marah la pulak. Aku dah pikir lain. Aku pikir KUKU PANJANG. Bila aku terfikir KUKU PANJANG. Satu je terlintas dalam pale otak aku. Cik Ponti ah apo laeii!

Berlari aku melompat kat katil. At last, kerja entah kemana, contact lens tak bukaknye. Mampuih.... Nasib aku dapat tidur dengan tenang sebab memang dah gantuk sangat.


Itulah dia 3 kisah yang seringkali berlaku kat rumah tinggi-tinggi ni. Sebenarnya kadang tu perasaan kite jek. Sebab kite kadang tu banyak sangat tengok cerita antu. Tapi takut pun bukan benda tak normal. Benda normal. Wajarlah kot aku takut kot kot. hahahaha. Jangan lupa sebelum masuk rumah, hbawak-bawaklah bace doa. 


Ok babeh. Till then. Soon. Again. Bye
Assalamualaikum.

Jul 12, 2014

Blur Sampai Salah Kereta

Assalamualaikum.

Semalam ke bazaar Jalan Reko Kajang. Selepas balik kerja hari-hari pun aku lalu situ lepas turun dari stesen KTM UKM setiap petang. Nampak bazaar kat situ macam menarik je. Before this kalau nak ke bazaar aku lebih pilih untuk ke uptown bangi untuk beli juadah. Tapi semalam tergerak lak hati gua ni nak singgah Jalan Reko.

Ramai-ramai tak ramai. Bazaar dia tak sebesar uptown. Takpelah. Aku gagahkan diri untuk melawat kawasan. Aku berjalan gaye kak yong kawasan. Gah berjalan di bazaar ramadhan. Almaklumlah tak ramai orang. Bila rajin menyelubungi diri, aku teruskan berjalan sampai ke akhir tapak bazaar tu.

"Ermmm taktau nak makan ape"

Pusing balik nak beli lauk. Rasa tekak nak makan kelantanese cuisine, ecewahh cam modern sangat. Aku singgah beli nasi kerabu. Habis cerita.
Aku teruskan perjalanan ke tapak yang jual lelauk pepauk. Aku beli ikan masak lemak dengan sayur.

"Berapa bang?"
"Semua sekali RM5"

Murah yang amat. Banyak lagi kuahnya. Aku tengok muka siapa yang jual. Bisik hati.

"Indonesian"

Kenapa bukan melayu? Seperti yang aku harapkan? Pengalaman beli lauk kat uptown bangi sangat memberi mimpi ngeri bila dikatakan lauk minimum harga RM3. Aku belilah seminimun harga dgn harapan mungkin dia letak banyak. Hakikatnya. Tidak sama sekali.

"Melayu pijak bangsa, bukan ke jual makanan ni untungnya 100%?"

Lepas tu kaki ni pulak gatal singgah orang jual roti bom. Aku rembat lah 4 ketul. Lepas tu aku terus melangkah ke kereta.

"Ketakkk. Ketakk". Aku tekan alarm kunci kereta untuk buka.

"Eh asal tak bunyi ni pulakkkkk!!"
"Ayah aku kate kalau tak bunyi kadang tu habis bateri"

"Pak pak pak". Aku ketuk alarm tu kat cermin sisi pemandu. Kononya nak kasi bateri dalam alarm tu waras balik.

"Ketakkk ketakkk".

Tak berhasil. Kesabaran pulak makin kurang. Aku cuba pulak guna kunci untuk bukak. Guna manual.

"Tetotttt teeetotttttt "

Alamakkkk sudahhhhhhh!!! Berbunyi la pulakkkk. Aku cuak. Aku tengok orang semua dah pandang. Segerombol pekerja asing juga yang melepak tu tgk aku. Malu malu malu.

Aku buntu.
Aku ke belakang kereta untuk letakkan makanan atas belakang kereta. Dan terlihat sesuatu di tempat bontot kereta.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Fine..
Salah kereta rupanya.

"Kenapeeeee mesti kau beli warneeee yg sameeeeee!!!!!!!! "

"Stress!!!!"

Terase nak sepak pungkok kereta tu. Tapi teringat aku masih dalam bulan ramadhonnnnn~. Aku capai lauk pauk. Sambil perhati sekeliling dengan harapan takde sape perasaan cubaan bodoh aku. Tapi malang.

Aku tengok bangla tu gelak cam nak mampus.
Makcik tunggu bas tu apetah lagi.

Malu doh!

Cecepat aku memecut kereta balik. Rasa macam tak nak dtg lagi.

Kepada pemilik kenderaan Almera WKX 34**. Aku memohon maaf atas hilafku. Selamat hari raya. Maaf zahir  dan batin. Hati- hati ye balik kampung.

Yang benar.
Yang tersalah kereta.

This entry was posted in

Jun 23, 2014

Pakar Urut Tulang Kampung Ungku Mohsin

Assalamualaikum.

Ya Allah berzaman jugak tak update blog. Agak entry apa yang bakal tercetus pulak? erm erm erm..

Untuk hari ni aku nak story sikit kisah eksiden aku aka patah-patahan di jalan raya. Kiranya aku nak share gan korang macam mana aku berubat dalam masa dua bulan aku MC tuh. Nanti kot-kot ada yang patah-patah tu boleh lah pergi tempat ni..Hek.


Berbalik chegite patah tulang. Aku disahkan doktor telah patah tulang clavicle semasa hari kejadian. Aku tercampak dalam 100 meter jugak jauh dari laki aku. Laki aku pulak alhamdullilah cuma luka kecil di tangan dan kaki. Sebenarnya masa mula-mula tu macam tak berapa nak redha aku patah tulang sebenarnya sebab before ni tak pernah lagi eksiden seteruk ni. Dan untuk pengetahuan korang tulang aku telah retak secara commited. Macam ni.,

Kalau sesiapa member-member aku yang doktor wannabe tu tahula kan maknenya. Gambar atas tu macam bentuk patah tulang aku gak, tapi sebab aku takut kot kot kalau aku upload gambar xray aku kang kira bukak aib tulang aku pulak so tepek jela gambar googs ni.

Masa mula mula aku eksiden aku takleh gerak tulang aku sebab joint lengan aku pun dah lari. Teringat balik, gile betul aku ni, extrem pulak rase. Hahah. Aku jalani rawatan kat Hospital Kajang.




Masuk bab tempat aku berubat pulak. Aku berubat dekat Kampung Mohsin. Pakar Urut Tulang Temulang dan Tengkorak kau. Awal pagi lagi dah bertenggek kat cina ni sebab kalau korang amek nombor pukul 6 pagi, no giliran korang dah ke 70. So agaknya korang kena datang pukul berapa untuk dapatkan no terawal? Ramai sangat orang yang patah tulang dan sakit sendi datang urut kat sini. Dari segenap celah negeri dalam Malaysia. Sabah Serawak pun ramai jugak. Ada yang patah sampai kaki dia dah takde tulang, ada yang tulang pinggul bengkok. Just imagine, aku tetap kena rasa bersyukur sebab aku tak seteruk tu. Alhamdullilah.

Sampai je giliran aku, aku dah cuak Aku takut la kan. Nak menitik gak air mate keayuan aku ni. Cina tu tarik tangan kiri aku kebelakang, lepas tu die tolak masuk dalam landasan tulang yang terkeluar tu. Pastu tengok ehhhh dah tak sakit. hehehehe. Kejap je dan tak sakit punnn. Boooooo~~ poyo jek. Cina tu bubuh macam ubat dia. Kate orang tulang ular mati berangan la. Ada arak la. Tapi sebabkan aku ni desperate nak baik aku tawakal je la, pakai sampai la die suruh bukak. Bukan tak nak pergi yang melayu la kan, kalau melayu pun pakai JIN suruh urut baik tak payah. Dah macam khurapat pulak.


Ok Bai bloggererssss!!


Semoga bulan Sya'aban ini membawa 1001 keberkatan dalam diri kita. Selamat semua. :))

*updated on 021114

Sebabkan reference untuk pakar urut tulang ni terlampau tinggi, aku ada update alamat dan gambar ni kat google. 


 

Tips : 
  1. Make sure datang awal, sebab nombor akan mula diberi pada pukul 8 pagi (kecuali Ahad - tutup) dan kenapa datang awal sebabnya ramai orang dah beratur seawal pagi nak berebut nombor. 
  2. Parking susah sikit sebab dia buat kat kawasan perumahan.
  3. Kalau patah clavicle, make sure pakai baju yang senang nak buka, untuk perempuan, cube pakai dress kemban tu senang dia nak balut, untuk lelaki pakai baju kemeja, senang nak buka dan balut takde la sakit nak angkat tangan sebab balutan die mmg ketat dan mantop.


Apr 3, 2014

Journey To Remember 2014

Salam, 

My brunch @ Kenny Rogers kat Aeon Bangsar



Trip to Langkawi 2013



My 4th brother



My first nest in Bandar Teknologi Kajang




My First Cekodok


 
My First Ride, Petronas Genting Sempah


My First Ride To Kuantan, Pahang


Lentang




Tabarakallah.

Assalamualaikum