Aug 25, 2016

Dumex Dugro Fruit & Veg For Nuha

Olla!

Alhamdullilah hari ni Nuha dah 1 tahun 5 bulan. Ko dah takyah nak demand sangat ye Nuha, ko nak ada adik dah. Haha.  Jadinya setelah sekian lama aku konsisten menggunakan S26 dalam susu formula Nuha, sejak dia 6 bulan, dan sekarang sebab dia dah nak ada adik, dan dia pun kuat makan nasi, kuat minum air kosong, membebel bercakap sendiri dengan Mr Teddy, jadinya start habis susu S26 nanti, aku nak try bagi Dumex Dugro Fruit & Veg. 


Kenapa Dumex Dugro Fruit & Veg?
Al-kisahnya, bagi seorang ibu, tidak akan terlepas dari memberikan yang terbaik dan paling terbaik untuk anak. Aku ni bukannya seorang yang arif bab-bab jadi Mama ni. Tapi nak jadi seorang ibu mestilah kena ada ILMU. Kalau ada terluang aku selalu menggunakan jari-jemari pendek aku ni untuk men'google'. Terdetik aku nak menukar susu ni sebab aku rasa Nuha pun dah ada cukup nutrient dengan S26 untuk menjadi anak yang aktif dan bijak. Nuha pun jenis makan nasi dan sayur ( faveret dia lobak air , kalau makan sup lobak air, macam tak cukup semangkok. Hahaha ). 

Ramai review dan banyak mama-mama lain aku tanya, derang kata susu ni bagus sebab kandungan DHA dia agak stabil berbanding susu Lacto.  



Lepas ni adik Nuha pulak nak minum S26, seronok betul hati yang lara ni bila dengar bunyi jantung bayi. Sis excitednye nak dapat baby kedua!!! Hahaha. Kena bagi peluang adik tau untuk dapat nutrient macam awak. Harap-harap berjaya hendaknya sumbat dia susu baru sok. Hahaha. 


Ok bye!

Aug 10, 2016

Vacay Yang Tinggal Kenangan

As usual every twice a year memang kami akan plan for our vacation. Hari ni tiba-tiba terbuka memopad kat laptop kerja. What I have planned before. Sedih. Tapi kena kuat tau!! 😍




Insyaallah Nuha. Nanti mommy bawak pergi tempat lain ok. ;))

Aug 2, 2016

Kehadiran Rezeki Kedua

Ya Allah, excitednyaaaaa!!!


Rezeki anak-anak.
Rezeki dapat baby baru.
Rezeki dapat gaji baru
Rezeki anak sihat
Rezeki kesihatan
Rezeki dapat keta baru hehehe.
Macam2 bentuk rezeki, bukan DUIT je.
Kalau jejenis yang pikir DUIT je mungkin
rasa rezeki tu DUIT je


Sekarang ni dah start muntah teruk.
Tapi setiap kali muntah mesti happy, at least I know anak mummy respon dengan sumber makanan 😘😘



Sayang anak-anak mummy. Penguat semangat. Insyaallah mummy akan kerja rajin-rajin untuk kamu berdua.



Biar lah orang nak doa, mommy susah beranak ke.
Hati kalau dah busuk mmg macam tu.
Esok lusa reflect kat diri dia balik. Baru padan muka. Hihi.



Keep calm and be a strong single mommy.
Keep counting #24092016