Oct 9, 2013

Interview under Young Graduate Programme UEM Group


Assalamualaikum dan macam biasa salam sejahtera (ala-ala Karam Singh Walia puhlease~ hehe).

Alhamdullilah syukunya ya Allah, tak dapat dihitung dah, hari ni tanggal 9 Oktober 2013 untuk kali pertama aku di temuduga oleh salah sebuah syarikat yang terkemuka di Kuala Lumpur. Seronoknyaaaaaaa bukan kepalang aihhh! Sebab syarikat ni dengan syarikat macam property ni memang dah jadi aku punya impian untuk bekerja .

Kalau nak cerita hal temuduga tadi?

Dasyat tak dasyat aku ditemuduga oleh 3 orang panel, selalu sorang je tapi kali ni tiga orang, dah la wa sensoranggggggggg~ T__T. Sebabkan ketabahan aku, aku melangkah masuk daftar dekat Lobi dan ambil kad visitor untuk naik.


Bila cakap bab temuduga ni, aku mengharap satu je. Panel dia best. Nasib baik panel baik-baik kalau tak ketar gak aku nak menjawab, dapat tak dapat tu belakang kira yang penting dapat temuduga ni pun aku rasa Allah SWT dah bagi peluang besar untuk aku berada dalam bangunan ni. Haha, sedih weh ayat.

Aku ada banyak pengalaman interview, tapi ini kali pertama aku dengan GLC. Sebelum ni dengan private company macam Nexus dan Heitech Padu je.  Tu pun aku mengigil inikan pula syarikat idaman aku sejak dari dulu.Tak tahu nak ayat macam mana dah,



Dah habis temuduga dah............. Yeay!
Aku pun berjalan nak touch kad visitor aku tu balik untuk keluar dari bangunan,


Sesampainya dekat punch line tu, aku punch je keluar "error", aku punch je keluar "error". Alamak mampuisss~ Acaner pulak aku nak keluar neh. Tiba-tiba dengar guard kat situ jerit,

"Dik belah kanan sekali dik punch untuk visitor",
"Ohh~ Terima kasih bang!", jerit aku dalam nada ayu.

Aku touch la kad visitor tu kat device belah kanan sekali macam guard tu suruh, tak boleh jugak.
"Dik! Kat yang ade benda hitam tu", jerit guard lagi.
"Ohhh jumpe dah bang", jawab aku.


GEDEGANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!


Aku pun ape lagi terkejut ah, sebab cuak kad tu jatuh dalam device tu. Ternaik-naik bahu aku terperanjat, agaknya kalau diorang rakam muke aku konfem macam mak nenek nampak beruk dah muke aku.

"Alamak bang jatuh la kad tu", tanya aku kat guard,


Guard and orang kat situ semua gelak kat aku,

"Dik, memang la, memang kad tu akan jatuh pun, tapi adik jangan terperanjat sangat cam tadi,", guard tu sambung gelak, "Hahahahhahahahhhaha".

"Aduyaiiii malunyaaaaaaaaa aku, baru ingat nak cute-cute bajet-bajet ayu hari ni",bisik dalam hati.
Aku pun keluar dari bangunan dengan muke yang tak tahu malu.

Sampai kat KL Sentral pulak, nak tunggu KTM balik rumah tiba-tiba ada satu stesen TV bahasa inggeris meluru kat aku nak tanya sedikit soalan berkaitan public transport, dah la aku tengah pegang Caramel Milk Tea kat tangan selamber je nak interbiu. Tapi lantak, aku sudi menjawab ecececeh~


"aduyaiiiii bahasa inggeris lagiiiiiii!!!!~", geram la pulak, asal tiba-tiba Bahasa Inggeris tu jadi terlampau penting pulak hari ni????
 

Lepas aku soseh-soseh tergagap-gagap cakap dalam Bahasa Inggeris, director angkat tangan dan cakap OK. Aku pun lega~

Sampai je TBS aku amek kereta dan aku chaw, balik rumah, tulis blog, dan sekarang aku nak sambung TIDO. Jadi freelance mano nak cukup tido bai.

Minah tak reti matching baju, baju oren gan hitam, aduh menyesal T_T

Ok der~ 

Jumpa lagi ye. Bye~

Oct 6, 2013

Majlis Kahwin Kawan SMKDN Syahira Dan Reza

Haylooooooooow guys!

Assalamualaikum.

Its Sunday dan ramai betul lah kawan-kawan upload gambar kahwin hari ni. Ahamdullilah dan tahniah buat pasangan-pasangan newlyweds kate orang. Honeymoon jangan lupe bawak balik ole-ole untuk kite tau! Hehehe.

So kita cerita pasal majlis perkahwinan la ye. Semalam bertempat di Dewan Bankuet Maktab PDRM Cheras telah berlangsung majlis perkahwinan rakan sekolah menengah aku dulu. Nurul Syahira Binti Baharuddin. Telah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat sebelumnya dan melangsungkan majlis resepsinya pada keesokkan harinya yakni semalam.

Nak cerita la pasal majlis ni, heh heh heh, bukan nak soseh soseh majlis orang kayh, nak cerita masalah diri aku sendiri. Hari jumaat tu aku dah terfikir-fikir, dengan siapa la aku nak pergi kenduri ni, pikir punya pikir aku tweet kawan-kawan aku yang seangkatan dengan aku dulu, tapi malangnya mereka semua tak dapat pergi. Aduyai~ Dah la gua pergi buat kat RVSP tu pergi, ni majlis kawan ni, Sabtu pun free kan, rugi ah tak pergi. Sebab.....
Makan, makan, makan~~


So memang RUGI sangat la kan tak pergi!
Aku dengan gagah beraninya siap-siap, dan start enjin. Terpikir lagi,
 "betul ke nak pergi sorang-sorang ni?", tanya dalam hati sendiri.
Yang sebelah kanan jawab, "pergi laa~~ walimah orang tu wajib kita pergi. Dosa Dosa. Allahuakbar" (siap bertakbir la pulak kata hati aku ni, ahaha)
Yang sebelah kiri jawab pulak, "buat ape nak pergi, kau duduk rumah lagi bagus, tidur".

Dan disebabkan aku ni alim-alim kucing gitew, aku pun .....pergilahhhh dengar kata hati sebelah kanan aku. Haha poyo XD

Dan alhamdullilah sesampainya aku kat parkir utama Maktab PDRM tu, terjumpa geng-geng sekolah aku yang memang nak pergi jugak, so aku gerak sesama, gather-gather dengan derang. Takdela malu sangat kan. Huhuhu.

Makan-makan , borak-borak dengan kawan-kawan lama. Kami pun nak gerak balik, tapi sebelum tu.





Dari kanan Qila, Aku, Syaza, Asyidi, Sofea, Nadia, Amira, Hanis dan Dalilah.

Klik klik dulu hokeyyyy jemahh jemah sekalian, buat bahan bukti gitu. Hehehe. Kepada dua lagi pasangan pengantin yang aku tak dapat hadirkan diri, sepupu kepada tunang aku, Farid dan Ena serta rakan aku norlailiadha dan faid , aku menyusun sepuluh jari memohon ampun atas sebab-sebab tertentu, tapi doaku hanya buat kalian. Semoga kekal sehingga ke Jannah dan menjadi suami dan isteri yang solehah. Amin..

Till then olls! Chaw, Salam.


P/S : tadi kak long tanya badan aku naik ke? aku hanya mampu terdiam, T_____T

Oct 2, 2013

I Quit My First Job (PART 2)


Lepas aku tengok staff dua orang ni dah takleh blah, aku pun mintak nak keluar. Kat meja aku pun aku tak buat kerja pun. Aku senang lenang. Aku takde mood. Aku rasa panas hati. Aku rasa nak membunuh. Aku rasa nak maki. Tapi aku tahan. Aku tak nak dah bash orang cam dulu. Aku cuba jadi seorang PENYABAR kononnya.

Tiba-tiba BOS yang aku menyirap tu panggil aku, tapi suara macam marah ah.
"Ana!!! Sini JAP!", sambil pandang tempat lain
"Mmm..", muka masam cam landak air.
"Saya minta maaf kalau andaikata bla-bla-bla-bla........"
"Macam mana En boleh kata saya yang sebarkan and kepoh kat ofis?"
"Eh saya tahu la, ada orang bagitahu saya"
"Ke En serkap jarang je?"
"Saya tahu la semua orang tahu", sambil pandnag tempat lain.
"Lantak kau lah, cam good-good je perangai", cakap aku dalam hati.

Aku bangun aku blah.

Telefon bunyi, aku tengok BOS IT aku yang lagi sorang kol. "Eh nak ape plak dia ni". Aku angkat, dia suruh aku meet up dia sekarang kat Teh Tarik IOI Mall. Wah! "Konpem dia nak belanja ni, hahahahha". Masa aku sampai tu BOS IT aku dah ada, rupanya nak bincang hal KERJA. Aduh sedihhhhh~~~~ Gua dah la hilang mood neh. Tapi ku gagahkan jua.

Habis sosehhh sosehhh dengan BOS IT aku, aku mintak izin untuk chaw 

Malam tu aku dapat kol dari programmer aku. Tanya apa cerita berlaku. Aku pun pongpangpongpang bagitahu. Rupanya seorang staff perempuan dah SMS minta maaf gan dia sebab terbagitahu dengan BOS pasal kononnya aku ajak programmer aku berhenti sekali. Ni kira nak cakap aku menghasut la ni walhalnya kami dari dulu main-main cakap macam tu, tapi yang staff perempuan tu mungkin apa yang dia fikir ntah, nak selamatkan diri mungkin, so main cakap je yang programmer nak berhenti sekali. Programmer aku pesan dengan aku sekian-sekian. Aku nyesal gak sebenarnya sebab try nak bantu benda ni dan tegakkan keperimanusiaan. Tapi..... sia-sia belako....

Lain jadinya, masa aku tengok si BOS aku ni dah try nak keluarkan rahsia-rahsia yang aku pernah cakap kat dia, aku terfikir dengan kata-kata seorang staff kat situ, "Kalau dia panggil semua ana minta maaf je, jangan lawan, nanti habis semua rahsia-rahsia dia cakap". Aku pelik jugak, rahsia apa yang dia nak cakap, aku tak cakap apa-apa pun dengan BOS pasal perihal derang. Tapi kan, dia selalu force aku untuk cakap, masalah-masalah semua. rupanya ini makannya ek. hahaha. Kau KELAKAR BOS. Patutlah masa aku desak-desak staff perempuan tu dia macam tak nak cakap apa-apa. Gua dah rasa dia ada banyak cerita pasal gua dekat BOS.

Alaaaa, perempuannnnnnnnnnnnnn

Kesal...

Kesal....

Nasib baik ada dua programmer dan tiga orang budak praktikal yang best dan tahu apa kisah sebenarnya, kalau tak mesti nama aku busuk jugak.

Tapi yang penting aku akan jadi SEJARAH dalam hidup kau BOS. Kejadian 30/9 itu bakal kau jadikan kisah turun temurun. Dan terpahatlah nama aku sebagai QUITTER yang ke berapa ribu ntah di pintu ofis bilik KAU BOS.

Kbai

I Quit My First Job (PART 1)

Assalamualaikum.

Ok, kat mana nak start ni? Ok tinggal lagi beberapa minggu lagi. Em, busy memang jangan cakap la kan. Tambah serabut bila dah sangkut paut dengan kerja pulak.

Ada yang masih tak tahu, aku sebenarnya dah bekerja dekat salah satu syarikat swasta di Puchong. Baru beberapa hari selepas aku tamat paper terakhir untuk UITM aku diterima bekerja disitu. Alhamdullilah rezeki orang kate. Kerja punya kerja punya kerja, aku having FUN bila ada kawan-kawan baru semua. Masa ni ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki. Of course aku akan lebih dekat dengan yang lelakinya, yang sorang tu senior programmer, yang sorang lagi tu programmer. Yang dua orang ni aku selalu cerita jugak masalah kerja aku, masalah itu ini. Kalau aku kutuk-kutuk pun derang tak pernah cerita pun dengan sesiapa. Kami diam kami jerkkkkk..

Sebabkan terlampau sangat keswastaan syarikat ni dan ada beberapa perkara yang aku tak gemar dalam syarikat ni, aku memang ada bercadang untuk keluar dari syarikat tersebut setelah tamat kontrak 3 bulan. Alhamdullilah aku ada pula mendapat temuduga dari KN, tapi baru lepas temuduga pertama baru, emmmm takut jugak tak dapat sebab almaklumlah, inilah syarikat yang aku dambakan dari dulu lagi. Gua nak tengok KL dari KLCC der, sebab tu wa pohon kat sini. HAHAHA. First yang aku submit resume dulu kat sini sebelum aku bekerja, dah 2,3 bulan baru nak panggil aku. Sedey tau nokss :(

Alkisahnya, aku start rapat dengan semua sekali, tambahan lagi ada 3 orang budak praktikal dengan aku. Aku jadi lebih selesa sebabkan mereka pun satu fakulti dengan aku dulu, dan perangai pun masuk air jugak cam aku. Kehadiran mereka menambahkan seri pada company tersebut.

Tetapi.....

Tidak lama, kejadian tempoh hari mengubah segala rencana. Aku dikatakan telah mengepohkan beberapa hal tentang BOS aku. Walhalnya...... ALLAH sahaja yang tahu.

Aku dipanggil masuk ke bilik bersama dua orang staff perempuan sebab aku dah rasa BERSALAH yang amat kerana ak juga salah seorang yang telah JOIN perbualan staff-staff tersebut semua cerita pun terbongkar dan aku tahu segala-galanya. Dan semasa meeting, seorang staff perempuan menyuruh aku meminta maaf dekat BOS aku tu, walaupun aku tiada salah apa-apa. Tapi aku bengang ah, dan berkata, "KENAPA ANA KENA MINTA MAAF SEDANGKAN CERITA NI BUKAN ANA YANG MULA?" . Mereka mendesak, dan aku berkeras, tapi kulihat dari segi percakapan dan bahasa tampaknya mereka lebih menyebelahi BOS sedikit besar itu. Aku tengok dua orang staff perempuan ni dah takleh makan, mungkin ada kepentingan sendiri.

Aku menangis la jugak sebab sebak kan, kawan buat cenggitu. Masa aku nangis tu aku pandang muka derang. Tiba-tiba aku teringat TAMBI-TAMBI KESAYANGAN aku, Aliyah dan Syahira.

"Ya Allah rindunya aku pada mereka. Sesungguhnya tiada ku jumpa lagi sahabat sejujur mereka dan tidak seperti ini." doa dalam hati je.


bersambung.......