Sep 22, 2013

Pesta Kahwin Betul-Betul

Assalamualaikum.

Lama gilak wa tak update belog ni. Bukak-bukak je link nampak lipas gan kala jengking. Hehe. Bulan Ogos tempoh hari memang tak update langsung blog ni. Kesian nye dia eh sorang-sorang. Hehe.

Tanggal bulan Ogos lepas ramai kawan-kawan yang sudah melafazkan dan menerima ucapan Ijab Qabul dari suami dan isteri tercinta. Alhamdullilah, majlis semua berjalan lancar cuma ade sorang punya majlis je aku tak sempat jengah sebab terlampau busy dengan kerja. Aku kerja sekarang ni weh. Tapi kuli je la. Kuli yang berwibawa gitew. Angkat tepon pun gua, sapu sampah pun gua, lap tingkap pun gua. Kalau nak dikatakan gua ni fleksibel la kerja kat situ. Alhamdullilah semua nya smooth, rezeki datang dari Allah. Lain yang dirancang lain yang datang tiba, kadangkala tu rezeki yang Allah bagi tu lebih dari yang dijangkakan. #syukranAllah

Ini antara rakan-rakan yang sudah pun mendirikan rumahtangga dengan pasangan memasing. Nurul Amira Ghani

Beliau ni lembut orangnya, Dulu masa kat Chendering dia ni la Kak Long kami. Take care dengan adik-adik, kalau ade antara kami yang bergaduh beliaulah penenangnya. Hehe. Tapi kini , syukran, Nurul Amira Ghani telah pun sah menjadi isteri kepada rakan sekelas beliau semasa di Fakulti Sains Komputer dan Matematik dulu, Syahrul.

Ok, next. Ialah rakan SMF FSKM 2012/2013. Yang telah melangsungkan perkahwinan beliau dengan suami yang juga bekas pelajar Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Nurul Aini Azhar, antara SMF yang paling tinggi dalam kalangan wanita SMF lain, ok gua tau gua pendek sikit. Tapi kalau i pakai heels uolss semua kalah ok. Haha. Ok, so majlis pernikahan yang berlangsung di Kedah, (tapi wa tak pergi). Selamat diijab kabulkan dengan suami tercinta, Fikri Abdullah. Majlis belah lelaki je kami pergi sebab kekangan aku telah bekerja dan tak dapat cuti raya. T_____T

Alhamdullilah syukran, semua pun berjalan lancar. So tunggu siapa la pulak lepas ni kawen kan. Hahaha. Tapi kebanyakkan kawan-kawan wa semua kawen dengan teman sefakulti. Kehkehkeh. Yelah time belajar ni la nak cari kan, kang kalau cari time keje, lain pulak yang dapat nanti. Dah berkenan terus kawen , takyah dah nak proses kenal-kenal dah.

So, kesimpulannya bila wa tengok gambar-gambar kawan-kawan wa, wa rase cuak, nebes, takut, gemuruh, lak darah ni. Bulan 10 ni the whole month aku ade jemputan kahwin, insyaallah kalau tiada kerja aku mai naa~

Ok, back to work!!! Banyak keje gua dah tangguh ni. Sabtu , Ahad pun wa bekerja dan tidak bergaji. Hehe. Tapi takpe yang penting niat bekerja Lillahi Taala kayh!.

Till then. Chaw. Salam.

4 comments:

  1. hahahaha macam salah title je....It should be "perkahwinan warga FSKM" tak gittew....haha

    ReplyDelete
  2. hahahaha agakla, kahkah. tempat cari jodoh hanya di FSKM :P

    ReplyDelete
  3. @Aini

    Bahana Kopi Paste captio yang atas tu yang jadi macam tu hehee. sorry ek nanti akk repair

    ReplyDelete