Oct 2, 2013

I Quit My First Job (PART 1)

Assalamualaikum.

Ok, kat mana nak start ni? Ok tinggal lagi beberapa minggu lagi. Em, busy memang jangan cakap la kan. Tambah serabut bila dah sangkut paut dengan kerja pulak.

Ada yang masih tak tahu, aku sebenarnya dah bekerja dekat salah satu syarikat swasta di Puchong. Baru beberapa hari selepas aku tamat paper terakhir untuk UITM aku diterima bekerja disitu. Alhamdullilah rezeki orang kate. Kerja punya kerja punya kerja, aku having FUN bila ada kawan-kawan baru semua. Masa ni ada dua orang perempuan dan dua orang lelaki. Of course aku akan lebih dekat dengan yang lelakinya, yang sorang tu senior programmer, yang sorang lagi tu programmer. Yang dua orang ni aku selalu cerita jugak masalah kerja aku, masalah itu ini. Kalau aku kutuk-kutuk pun derang tak pernah cerita pun dengan sesiapa. Kami diam kami jerkkkkk..

Sebabkan terlampau sangat keswastaan syarikat ni dan ada beberapa perkara yang aku tak gemar dalam syarikat ni, aku memang ada bercadang untuk keluar dari syarikat tersebut setelah tamat kontrak 3 bulan. Alhamdullilah aku ada pula mendapat temuduga dari KN, tapi baru lepas temuduga pertama baru, emmmm takut jugak tak dapat sebab almaklumlah, inilah syarikat yang aku dambakan dari dulu lagi. Gua nak tengok KL dari KLCC der, sebab tu wa pohon kat sini. HAHAHA. First yang aku submit resume dulu kat sini sebelum aku bekerja, dah 2,3 bulan baru nak panggil aku. Sedey tau nokss :(

Alkisahnya, aku start rapat dengan semua sekali, tambahan lagi ada 3 orang budak praktikal dengan aku. Aku jadi lebih selesa sebabkan mereka pun satu fakulti dengan aku dulu, dan perangai pun masuk air jugak cam aku. Kehadiran mereka menambahkan seri pada company tersebut.

Tetapi.....

Tidak lama, kejadian tempoh hari mengubah segala rencana. Aku dikatakan telah mengepohkan beberapa hal tentang BOS aku. Walhalnya...... ALLAH sahaja yang tahu.

Aku dipanggil masuk ke bilik bersama dua orang staff perempuan sebab aku dah rasa BERSALAH yang amat kerana ak juga salah seorang yang telah JOIN perbualan staff-staff tersebut semua cerita pun terbongkar dan aku tahu segala-galanya. Dan semasa meeting, seorang staff perempuan menyuruh aku meminta maaf dekat BOS aku tu, walaupun aku tiada salah apa-apa. Tapi aku bengang ah, dan berkata, "KENAPA ANA KENA MINTA MAAF SEDANGKAN CERITA NI BUKAN ANA YANG MULA?" . Mereka mendesak, dan aku berkeras, tapi kulihat dari segi percakapan dan bahasa tampaknya mereka lebih menyebelahi BOS sedikit besar itu. Aku tengok dua orang staff perempuan ni dah takleh makan, mungkin ada kepentingan sendiri.

Aku menangis la jugak sebab sebak kan, kawan buat cenggitu. Masa aku nangis tu aku pandang muka derang. Tiba-tiba aku teringat TAMBI-TAMBI KESAYANGAN aku, Aliyah dan Syahira.

"Ya Allah rindunya aku pada mereka. Sesungguhnya tiada ku jumpa lagi sahabat sejujur mereka dan tidak seperti ini." doa dalam hati je.


bersambung.......

0 comments:

Post a Comment