Nov 2, 2013

45 Jam Pertama Di UEM Group

Assalamualaikummm!

Garang? Memang la, I kan spesis pirahna Vegeterians.
Aku dah tukar keje kalau korang nak tahu, baru la seminggu mula. Senang tak senang nak cerita aku dah kerja selama 45 jam di dalam Alaska. Gile sejuk. Dulu tempat kerja lame, peluh duk meleleh je keluar kan, sane sini aku merayap, tapi kerja kat company baru ni, air peluh KERING! Tak menyempat nak keluar, jadi AIS. Hakhak.

Aku g keje, aku pakai la spek mate, baru nampak nerdy sikit. No no no, bukan spek mata hitam tu. Spek mata ni aku buat KHAS untuk kerja kat sini. Ecewahhh!

28th Oktober 2013

Aku gerak dari rumah tu dalam pukul 6.45 AM, diulangi. 6.45 AM. Almaklumlah, aku ni nak pergi kerja macam nak pergi menempuh banjir. Haah banjir manusia, berpusu-pusu orang pepagi tau. Aku g keje, semua nak g keje. #eh? Hahahaha. Aku sampai kat tempat kerja pun around 8.00 AM jugak la, aku terus ke tingkat 220 (tinggikan? wa tipu je) untuk registration. Kau ingat masuk tadika je ade registration? Haaa I pun ade jugaks. Akak HR serahkan semua dokumen-dokumen untuk diisi tapi access kad, still wa pakai yang visitor punye type. Ouhh lemah. Bayanglah, aku hanya boleh touch kad kat Ground Floor je. Pergi toilet pun kena touch access kad, tapi selama 3 hari jugak la aku pinjam kat orang untuk keluar masuk buang produk-produk tak diperlukan.

Suasana kerja?
Alhamdullilah sejuk tak hengat punyaaa. Meja aku memang boleh bubuh 6 ke 7 Desktop Mac. Laci berlambak-lambak dan dibuat sebagai "Fridge". Dan lokasi meja aku, aku duduk sebelah akak yang sangat penyabar melayan pertanyaan aku yang melampau-lampau banyaknya. Tapi akak ni kira cam supervisor aku juga la. Banyak tolong aku, teman aku, ajak aku. THORima Kasih kak N (bukan nama sebenar). Almaklumlah kak, kitak first day kan, haruslah aku ni bajet-bajet cam innocent sikit. hikhik.Tapi yang penting akak-akak ni semua peramah. And like seriusly I dont feel a real burden on my first day.

Aktiviti Kegemaran?
Macam korang tak tahu. Konpem mengunyah, menelan, mencekik dan sebagainya. Menara bertingkek-tingkek, aku tak tahu la cafeteria dia kat mana. Akak N yang tunjukkan untuk aku. Mula-mula tu aku takut-takut la nak mamam kat cafeteria sebab aku dapat bayangkan betapa mahal makanan kat situ.

"nak makan ke tak nak?", berkira aku kat dalam hati
"ana tak nak makan ke?", akak N sergah.
"emmm tak tau la kak. tak kot", kata aku yang sedang keliru dalam mebuat keputusan yang paling memeritkan ini.

Aku ushar-ushar makanan kat situ sekali aku nampak daging rendang yang mengilai-ngilai panggil aku, eh seramnya. Aku hampiri masakan tu.

"Bapak ah, asal aku nampak daging ni sedap sangat. Pakai penarik ke ape pakcik ni". 

Aku pikir punye pikir punye pikir.
"Ok SET! Memang sah daging tu cari nahas gan aku, jage kau, telan kau!"


"Nasi separuh ye bang"
"Ok, nak lauk ape?"

Aku tunjuk la lauk daging tu.

"Lagi dik?"
"Arrr ok cantek."

Aku rembat sambal belacan sikit sebagai pemedas mulut. Dan aku bersedia kat meja bayar.

"9 Hengget dik.", kate jaga kaunter tu.

"What the!... !@#$%^&*(", hai ku hempuk gak karang minah ni.
"Ok kak terima kasih", sambil muke senyum ikhlas tersangat.

Banyak pulak bab slot makanan tu ye. Terima kasih la kalau ada yang baca. Bahahahaha

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Tempat berehat?
Surau opkos, surau kat sini pulak sedap buat golek-golek. Selesa bhai. Memang selesa. Alhamdullilah walaupun berlum permanent kat sini, tapi dapat rasa pun cukup la kan. Tapi kalau kadang tu malas sangat nak turun aku telangkup muke kat meja je lelap mate. Sampai ade satu hari tu, dahi aku bertande. Cis! Ade chop pulak kan. Nampak sangat.

Suasana KTM?
KTM ramai gilek! Mohon Kementerian Pengangkutan wujudkan KOC SEPARUH WANITA, mohon kira sekali bilangan wanita tak TULEN yang naik KOC ye. Tak sanggup bergesel gan spesis cam tu. 

Akhir kata, kerja -kerja dah ada di assignkan untuk aku. Alhamdullilah takde la ternganga aku duduk kire berapa kali cicak berak atas tangan aku, dan most important thing is, aku selesa sebab enviroment.

Be nice to me oh newlykind JOB, saya akan jadik baik, sopan, sentiasa senyum manis. Iye tau. Hahahah. Ok till then! Bye:D






0 comments:

Post a Comment