Jul 12, 2014

Blur Sampai Salah Kereta

Assalamualaikum.

Semalam ke bazaar Jalan Reko Kajang. Selepas balik kerja hari-hari pun aku lalu situ lepas turun dari stesen KTM UKM setiap petang. Nampak bazaar kat situ macam menarik je. Before this kalau nak ke bazaar aku lebih pilih untuk ke uptown bangi untuk beli juadah. Tapi semalam tergerak lak hati gua ni nak singgah Jalan Reko.

Ramai-ramai tak ramai. Bazaar dia tak sebesar uptown. Takpelah. Aku gagahkan diri untuk melawat kawasan. Aku berjalan gaye kak yong kawasan. Gah berjalan di bazaar ramadhan. Almaklumlah tak ramai orang. Bila rajin menyelubungi diri, aku teruskan berjalan sampai ke akhir tapak bazaar tu.

"Ermmm taktau nak makan ape"

Pusing balik nak beli lauk. Rasa tekak nak makan kelantanese cuisine, ecewahh cam modern sangat. Aku singgah beli nasi kerabu. Habis cerita.
Aku teruskan perjalanan ke tapak yang jual lelauk pepauk. Aku beli ikan masak lemak dengan sayur.

"Berapa bang?"
"Semua sekali RM5"

Murah yang amat. Banyak lagi kuahnya. Aku tengok muka siapa yang jual. Bisik hati.

"Indonesian"

Kenapa bukan melayu? Seperti yang aku harapkan? Pengalaman beli lauk kat uptown bangi sangat memberi mimpi ngeri bila dikatakan lauk minimum harga RM3. Aku belilah seminimun harga dgn harapan mungkin dia letak banyak. Hakikatnya. Tidak sama sekali.

"Melayu pijak bangsa, bukan ke jual makanan ni untungnya 100%?"

Lepas tu kaki ni pulak gatal singgah orang jual roti bom. Aku rembat lah 4 ketul. Lepas tu aku terus melangkah ke kereta.

"Ketakkk. Ketakk". Aku tekan alarm kunci kereta untuk buka.

"Eh asal tak bunyi ni pulakkkkk!!"
"Ayah aku kate kalau tak bunyi kadang tu habis bateri"

"Pak pak pak". Aku ketuk alarm tu kat cermin sisi pemandu. Kononya nak kasi bateri dalam alarm tu waras balik.

"Ketakkk ketakkk".

Tak berhasil. Kesabaran pulak makin kurang. Aku cuba pulak guna kunci untuk bukak. Guna manual.

"Tetotttt teeetotttttt "

Alamakkkk sudahhhhhhh!!! Berbunyi la pulakkkk. Aku cuak. Aku tengok orang semua dah pandang. Segerombol pekerja asing juga yang melepak tu tgk aku. Malu malu malu.

Aku buntu.
Aku ke belakang kereta untuk letakkan makanan atas belakang kereta. Dan terlihat sesuatu di tempat bontot kereta.
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:
:

Fine..
Salah kereta rupanya.

"Kenapeeeee mesti kau beli warneeee yg sameeeeee!!!!!!!! "

"Stress!!!!"

Terase nak sepak pungkok kereta tu. Tapi teringat aku masih dalam bulan ramadhonnnnn~. Aku capai lauk pauk. Sambil perhati sekeliling dengan harapan takde sape perasaan cubaan bodoh aku. Tapi malang.

Aku tengok bangla tu gelak cam nak mampus.
Makcik tunggu bas tu apetah lagi.

Malu doh!

Cecepat aku memecut kereta balik. Rasa macam tak nak dtg lagi.

Kepada pemilik kenderaan Almera WKX 34**. Aku memohon maaf atas hilafku. Selamat hari raya. Maaf zahir  dan batin. Hati- hati ye balik kampung.

Yang benar.
Yang tersalah kereta.

This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment