Oct 6, 2013

Majlis Kahwin Kawan SMKDN Syahira Dan Reza

Haylooooooooow guys!

Assalamualaikum.

Its Sunday dan ramai betul lah kawan-kawan upload gambar kahwin hari ni. Ahamdullilah dan tahniah buat pasangan-pasangan newlyweds kate orang. Honeymoon jangan lupe bawak balik ole-ole untuk kite tau! Hehehe.

So kita cerita pasal majlis perkahwinan la ye. Semalam bertempat di Dewan Bankuet Maktab PDRM Cheras telah berlangsung majlis perkahwinan rakan sekolah menengah aku dulu. Nurul Syahira Binti Baharuddin. Telah selamat diijabkabulkan pada hari Jumaat sebelumnya dan melangsungkan majlis resepsinya pada keesokkan harinya yakni semalam.

Nak cerita la pasal majlis ni, heh heh heh, bukan nak soseh soseh majlis orang kayh, nak cerita masalah diri aku sendiri. Hari jumaat tu aku dah terfikir-fikir, dengan siapa la aku nak pergi kenduri ni, pikir punya pikir aku tweet kawan-kawan aku yang seangkatan dengan aku dulu, tapi malangnya mereka semua tak dapat pergi. Aduyai~ Dah la gua pergi buat kat RVSP tu pergi, ni majlis kawan ni, Sabtu pun free kan, rugi ah tak pergi. Sebab.....
Makan, makan, makan~~


So memang RUGI sangat la kan tak pergi!
Aku dengan gagah beraninya siap-siap, dan start enjin. Terpikir lagi,
 "betul ke nak pergi sorang-sorang ni?", tanya dalam hati sendiri.
Yang sebelah kanan jawab, "pergi laa~~ walimah orang tu wajib kita pergi. Dosa Dosa. Allahuakbar" (siap bertakbir la pulak kata hati aku ni, ahaha)
Yang sebelah kiri jawab pulak, "buat ape nak pergi, kau duduk rumah lagi bagus, tidur".

Dan disebabkan aku ni alim-alim kucing gitew, aku pun .....pergilahhhh dengar kata hati sebelah kanan aku. Haha poyo XD

Dan alhamdullilah sesampainya aku kat parkir utama Maktab PDRM tu, terjumpa geng-geng sekolah aku yang memang nak pergi jugak, so aku gerak sesama, gather-gather dengan derang. Takdela malu sangat kan. Huhuhu.

Makan-makan , borak-borak dengan kawan-kawan lama. Kami pun nak gerak balik, tapi sebelum tu.





Dari kanan Qila, Aku, Syaza, Asyidi, Sofea, Nadia, Amira, Hanis dan Dalilah.

Klik klik dulu hokeyyyy jemahh jemah sekalian, buat bahan bukti gitu. Hehehe. Kepada dua lagi pasangan pengantin yang aku tak dapat hadirkan diri, sepupu kepada tunang aku, Farid dan Ena serta rakan aku norlailiadha dan faid , aku menyusun sepuluh jari memohon ampun atas sebab-sebab tertentu, tapi doaku hanya buat kalian. Semoga kekal sehingga ke Jannah dan menjadi suami dan isteri yang solehah. Amin..

Till then olls! Chaw, Salam.


P/S : tadi kak long tanya badan aku naik ke? aku hanya mampu terdiam, T_____T

1 comment:

  1. Tak dapat nak snap2 kat majlis ko.... uwaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete